• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Faizal Mengaku Silap Pilih Calon Bersatu

oleh Mohd Arshad
25/11/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ahmad Faizal Mengaku Silap Pilih Calon Bersatu
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui kesilapannya memilih calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu hingga ada yang mengkhianati parti termasuk Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perak, beliau ada ‘suara’ untuk menentukan calon parti bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) di negeri itu, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.

“Saya berasa amat kecewa kerana sahabat saya, mantan setiausaha politik yang diberi kepercayaan sebelum menjadi calon. Saya yang letakkan beliau sebagai calon di situ tetapi memungkiri taat setia kepada parti. Atas apa juga alasan, kita kecam.

“Namun saya ajak dia untuk mengkhianati parti, tidak sama sekali,” katanya ketika ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada Sabtu.

Oktober lalu, Iskandar menjadi Ahli Parlimen Bersatu pertama yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mengambil kira masalah dan isu dihadapi pengundi kawasannya.

Tindakan tersebut kemudiannya diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.

Sementara itu, Ahmad Faizal turut menafikan terlibat dengan tindakan Iskandar sehingga timbul dakwaan wujud ‘Langkah London’.

“Benar saya berada di UK (United Kingdom), di rumah anak perempuan di Manchester, bukan London. Jika ada langkah (patut digelar) ‘Langkah Manchester’.

“Jadi kepada mereka yang telah menyebarkan fitnah, saya nak katakan andalah manusia paling berani kerana tidak takut azab seksa, hukuman menabur fitnah,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: Ahmad FaizalBERSATUSilap Pilih Calon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bantu Rakyat, Bukan Komplot Jatuhkan Presiden

Bantu Rakyat, Bukan Komplot Jatuhkan Presiden

28/10/2025
0

BANTU RAKYAT, BUKAN KOMPLOT JATUHKAN PRESIDEN KUALA LUMPUR, 27 OKTOBER — Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menegaskan bahawa...

Bersatu Pecat Wan Saiful, Gantung Keahlian Wan Ahmad Fayhsal

Bersatu Pecat Wan Saiful, Gantung Keahlian Wan Ahmad Fayhsal

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memecat keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Wan Saiful Wan Jan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd