• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9,000 Graduan Menganggur, RM15 Juta Untuk Bantu Mereka

oleh AK-47
29/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
9,000 Graduan Menganggur, RM15 Juta Untuk Bantu Mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Sepang : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperuntukkan RM15 juta bagi memperkenalkan beberapa program sijil profesional khusus bagi graduan yang masih menganggur dan sukar mendapatkan pekerjaan di negara ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sijil profesional itu penting bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan sekali gus membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

Katanya, sijil profesional itu termasuk berkaitan kemahiran komputer, teknologi maklumat dan sistem pengurusan data.

“KPT akan menawarkan pinjaman kepada graduan terbabit bagi mengikuti sijl profesional dan ia

antara usaha kementerian bagi meningkatkan kemahiran diri,” katanya selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Bersama Majlis Penasihat Industri Politeknik 2023 (PIAC 2023) di Sama-Sama Hotel di sini, tadi.

Sebelum ini media melaporkan, seramai 29,000 graduan belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian pada 2022.

Perkara itu didedahkan Khaled dan jumlahnya berdasarkan data rasmi sistem kajian pengesanan graduan yang dikeluarkan kementerian.

Jumlah graduan yang belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian pada 2021 adalah seramai 41,467 atau 14.5 peratus.

Khaled berkata, KPT juga akan memastikan program pengajian yang ditawarkan di setiap universiti juga mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

Menurutnya, pada masa ini KPT telah membangunkan sistem data yang boleh mendapatkan maklumat dengan jelas mengenai program pengajian yang kebolehpasarannya rendah.

Katanya, kementerian akan pastikan subjek elektif yang mereka ambil di universiti itu berkait dengan kemahiran seperti sains komputer dan sebagainya.

-Harian Metro

Tags: graduanKhaled NordinKPT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Hilang Pertimbangan Waras Potong Peruntukan Sektor Kesihatan Awam RM3.06 Bilion – Takiyuddin

Kerajaan Hilang Pertimbangan Waras Potong Peruntukan Sektor Kesihatan Awam RM3.06 Bilion – Takiyuddin

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) membantah cadangan Kementerian Kewangan (MoF) untuk memotong peruntukan Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak RM3.06 bilion...

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd