• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Pekerja Asing Terbabit Dalam Runtuhan Tiada Rekod Caruman PERKESO

oleh Mohd Arshad
30/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
5 Pekerja Asing Terbabit Dalam Runtuhan Tiada Rekod Caruman PERKESO
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lima daripada sembilan pekerja asing yang terbabit dalam runtuhan tapak pembinaan di Batu Maung, dekat Bayan Lepas, Pulau Pinang tiada rekod caruman dan pendaftaran dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mengikut PERKESO, kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Justeru, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, menegaskan bahawa pihaknya menerusi PERKESO akan mengambil tindakan perundangan terhadap majikan yang bertanggungjawab menggaji pekerja asing di tapak projek pembinaan gudang logistik itu.

“Kegagalan mendaftarkan dan mencarum pekerja asing boleh didakwa mengikut Seksyen 94, Akta 4 yang membawa hukuman denda RM10,000 atau dua tahun penjara, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang culas mendaftar dan membayar caruman pekerja asing, sekali gus menafikan hak perlindungan sosial mereka,” katanya, hari ini.

Semua pekerja asing, termasuk yang berkhidmat sebagai buruh di sektor pembinaan diwajibkan untuk mendaftar dan mencarum dengan PERKESO, berkuat kuasa sepenuhnya 1 Januari 2020.

Hasil semakan kementerian terhadap empat pekerja asing, masing-masing dua yang maut dan dua mengalami cedera parah dalam kejadian menyayat hati semalam didapati mempunyai rekod pendaftaran dengan PERKESO, tetapi tiada caruman sejak diambil bekerja antara 2020 hingga Julai lalu.

Menurut PERKESO, seorang lagi pekerja asing yang maut tidak mempunyai rekod pendaftaran dan caruman dengan pihaknya.

Sehingga kini, kementerian menerusi PERKESO masih giat menjalankan semakan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia serta agensi berkaitan, mengenai empat lagi pekerja asing yang dilaporkan tertimbus di bawah serpihan runtuhan di lokasi kejadian.

Berdasarkan perangkaan setakat 31 Oktober lalu, Sivakumar berkata, lebih 1.88 juta pekerja asing dilindungi menerusi Skim Perlindungan Bencana Kerja mengikut Akta 4, dengan 4,566 insiden kemalangan membabitkan pekerja asing dilaporkan ke PERKESO.

“Bagaimanapun, jumlah liputan caruman bagi pekerja asing berbanding kemasukan tenaga buruh luar ke Malaysia menunjukkan masih ada segelintir majikan yang ingkar dalam mematuhi peruntukan Akta 4,” katanya.

BHonline-

Tags: carumanpekerja asingPerkesoruntuhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guru Didakwa Cabul Murid Lelaki Dalam Perpustakaan

Next Post

Selepas 3 Jam, Wahab Masih Beri Keterangan Di IPD Kajang

Related Posts

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

27/01/2025
0

BUTTERWORTH : Seorang pemilik syarikat didenda RM188,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan...

Next Post
Selepas 3 Jam, Wahab Masih Beri Keterangan Di IPD Kajang

Selepas 3 Jam, Wahab Masih Beri Keterangan Di IPD Kajang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd