• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

48 Jam Berlalu, DAP Buat Laporan Polis Pada Mastura

oleh Mohd Arshad
09/11/2023
dalam Utama & Sensasi
0
48 Jam Berlalu, DAP Buat Laporan Polis Pada Mastura
Share on FacebookShare on Twitter

Ketika permohonan maaf Siti Mastura Muhammad tidak tiba-tiba, pemimpin DAP tampil membuat laporan polis terhadap anggota parlimen Kepala Batas itu.

Ini semua gara-gara tuduhannya bahawa Pengerusi DAP Lim Guan Eng mempunyai hubungan keluarga dengan pemimpin komunis Chin Peng dan perdana menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew.

Anggota parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Brickfields di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam laporan polis yang kandungan dikongsi dengan media itu, Syerleena berkata kenyataan Mastura melalui video di Youtube itu tidak berasas, fitnah, palsu dan berniat jahat.

Anggota parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Brickfields di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam laporan polis yang kandungan dikongsi dengan media itu, Syerleena berkata kenyataan Mastura melalui video di Youtube itu tidak berasas, fitnah, palsu dan berniat jahat.

Guan Eng sebelum ini memberikan tempoh 48 jam, yang tamat hari ini, kepada Mastura untuk membuktikan dakwaannya sebelum dia mengambil tindakan lanjut.

Mastura dipercayai membuat dakwaan itu dalam program PAS di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.

Dia turut mendakwa Guan Eng dan bapanya Kit Siang juga mempunyai hubungan keluarga dengan ramai pemimpin DAP termasuk seperti Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, naib pengerusi Nga Kor Ming dan Teresa Kok dan ex officio Ngeh Koo Ham.

Sementara itu, Syerleena dalam laporan polisnya percaya kenyataan itu merupakan kesalahan bawah Seksyen 504 (pecah keamanan), dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan (menyebabkan khianat awam).

Katanya, ia juga melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana melakukan fitnah jenayah.

Ingatkan Mastura pada hadis larangan fitnah

Sementara itu, dalam kenyataan medianya selepas itu, Syerleena mengingatkan Mastura tentang hadis yang menyebut bahawa Allah melaknat pihak yang menabur fitnah.

“Mastura mungkin terlalu baru dalam politik Malaysia atau tidak cukup terdedah kepada perkembangan isu semasa sehingga begitu dangkal akal fikirnya hatta sanggup memperjudikan reputasi sendiri sebagai seorang pembohong dan orang yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur.

“Saya yang DAP ini tentunya tidak layak untuk memetik ayat-ayat agama di mata Dr Mastura. Namun saya percaya, beliau lebih terpelajar tentang hal ini,” sindir Syerleena.

Beberapa wakil rakyat DAP turut hadir menemai Syerleena di balai polis hari ini.

Tags: DAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan penganalisis politik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan cadangan supaya jasa dan sumbangan DAP dimasukkan...

Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP

Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO Kota Melaka membidas dakwaan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong konon DAP Melaka mencipta sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd