Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Isu Pesta Arak: Zaid...

KUALA LUMPUR - Susulan tindakan tegas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan...

KL2017: Malaysia Raih Perak...

PUTRAJAYA – Malaysia meraih pingat perak dalam acara Kriterium Wanita Sukan SEA Ke-29...

PPS Diminta Patuh Arahan...

GEORGETOWN - Semua anggota pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) perlu mematuhi arahan...

Hatrik Firmino Benam Gunners

LIVERPOOL, England - Liverpool bangkit daripada ketinggalan di Anfield untuk melonjak sembilan mata...

10 Ditahan Susulan Kecurian Cip Kasino RM4.6 Juta

KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 individu susulan kehilangan cip kasino bernilai RM4.6 juta di Genting Highlands di Pahang pada 28 Oktober lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penahanan dilakukan bagi membantu siasatan selepas cip terbabit dilapor hilang dari sebuah bilik kasino di pusat peranginan berkenaan.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata mereka ditahan dalam beberapa siri serbuan dilakukan selepas polis menjalankan siasatan awal berhubung kejadian itu.

“Buat masa ini kami masih menjalankan siasatan lanjut sebelum kita dapat kenal pasti suspek yang berkemungkinan terbabit dalam kehilangan cip berkenaan.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan melakukan beberapa tangkapan lain berdasarkan petunjuk diperoleh,” katanya ketika dihubungi BH.


Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Kelmarin, Polis Daerah Bentong mengesahkan menerima laporan daripada pihak keselamatan kasino berkaitan kecurian cip bernilai lebih RM4.6 juta pada jam 6.30 petang, 28 Oktober lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori