Wednesday, May 15, 2024

Creating liberating content

PRN: UMNO Selangor Akan...

GOMBAK : UMNO Selangor mengesahkan parti itu akan bertanding di lebih lima kerusi...

Tuah Gamer! Datang RM10,...

KUALA LUMPUR - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia pula ada pada...

Sedih…Makcik Tua Minta Tudung...

Sebak rasanya membaca perkongsian Raja Shamri menerusi akaun Facebooknya mengenai seorang makcik tua...

2 Wakil Sabah Sedia...

LAHAD DATU - Kelab Taekwando Perdana (PTC) Sabah sedia memberi saingan sengit dalam...

Strok Haba: 2 Peserta Kursus Pegawai tempur Di ICU Sudah Sedarkan Diri

JOHOR BAHRU: Dua peserta kursus tempur pegawai muda di Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) Ulu Tiram yang mengalami simptom strok haba, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dan Kecemasan (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui kenyataan berkata, kedua-dua penuntut itu sudah sedarkan diri dan beransur pulih, namun masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.

“Dua daripada tujuh penuntut yang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi juga sudah dibenarkan keluar, manakala lima lagi masih di wad namun keadaan mereka stabil.

“TDM memandang serius insiden ini dan akan berusaha mengenal pasti punca kejadian, di samping melaksanakan penambahbaikan kepada pengendalian sistem latihan sedia ada, jika perlu.

“TDM juga sedang mengusahakan segala bentuk bantuan dan kelayakan yang boleh diperoleh mengikut peraturan sedia ada bagi membantu waris pegawai yang meninggal dunia,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, TDM mengesahkan Pegawai Muda Kor Risik Diraja (KRD), Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar, 24, meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital akibat mengalami simptom strok haba.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri di Rawang, Selangor.


Emil Syahid antara 10 anggota dan pegawai yang dipercayai mengalami simptom strok haba ketika menjalani latihan di PULADA Ulu Tiram kelmarin.

TDM menjelaskan, PULADA sedang mengendalikan Kursus Tempur Pegawai Muda Siri 3 2023 yang berlangsung antara 18 September lalu sehingga 5 Januari 2024 di Johor.

Ia kursus asas bagi membentuk tahap kompetensi dan profesionalisme sebagai pegawai muda Tentera Darat.

Menjelaskan kronologi kejadian, TDM berkata, Jumaat lalu, ketika penuntut sedang melaksanakan Eksesais WIRA LASAK iaitu Ujian Jalan Laju lapan kilometer di sekitar kawasan Lapang Sasar Utara PULADA Ulu Tiram, 10 penuntut kursus rebah secara berperingkat di beberapa lokasi sepanjang laluan eksesais berlangsung.

Semua penuntut kemudian dirujuk ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan awal, manakala tiga daripada mereka dirujuk ke ICU di HSI (Zon Merah) kerana tidak sedarkan diri.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori