• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

oleh Mohd Arshad
07/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 200.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, pihaknya meminta pentadbir sekolah sentiasa memantau keadaan jerebu serta kualiti udara dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Kementerian memang ada satu garis panduan yang mesti diikuti dalam situasi jerebu iaitu jika bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid mesti dihentikan.

“Jika IPU mencapai 200, sekolah akan ditutup dan semua pembelajaran secara dalam talian,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Jeti Chew, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) dilapor mengesan lebih 2,000 titik panas di sekitar Kalimantan, Indonesia.

Selain itu, beberapa kawasan mencatatkan IPU tidak sihat di mana sebanyak tiga kawasan di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan bacaan antara 101 hingga 200, setakat pukul 9 pagi hari ini.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), rekod IPU tertinggi direkodkan di dua kawasan di negeri Johor iaitu Pasir Gudang iaitu 152 diikuti Larkin (156).

Menurut Hui Ying, pihak sekolah juga perlu menggalakkan murid-murid untuk memakai pelitup muka dan meminum air yang secukupnya bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik.

“Ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak-anak di rumah, kurangkan aktiviti luar dan pastikan mereka minum banyak air,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi berkata, setakat pukul 9 pagi tadi, tiga daripada empat stesen bacaan IPU di Pulau Pinang merekodkan kualiti udara yang amat baik.

“Keadaan jerebu di negeri ini menunjukkan pengurangan kerana hujan beberapa hari ini.

“Saya telah memberi arahan kepada Jabatan Kesihatan negeri untuk memantau jika terdapat peningkatan kes yang terlibat dengan sistem pernafasan akibat jerebu untuk pihak kami menyusul dengan tindakan seterusnya,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: IPUJerebuSekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Roger Ng Dijangka Tiba Di Malaysia Tengah Malam Ini

Next Post

Keputusan PRK Pelangai Diumum Jam 9 Malam Ini

Related Posts

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

21/03/2025
1

KLUANG: Dua beradik maut selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara dalam perjalanan ke sekolah, pagi tadi....

Next Post
Keputusan PRK Pelangai Diumum Jam 9 Malam Ini

Keputusan PRK Pelangai Diumum Jam 9 Malam Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd