• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

oleh Mohd Arshad
22/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Sabah diminta membuat persiapan awal termasuk mengambil langkah bersesuaian bagi menghadapi fenomena kekurangan hujan yang dijangka berlaku antara Januari hingga Mac tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata mengikut ramalan, Sabah menjadi satu-satunya negeri yang bakal berdepan keadaan pengurangan kadar taburan hujan bulanan hingga 20 peratus sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), meskipun masih berlaku hujan dan ribut petir di sesetengah kawasan di negeri itu.

Menurut Armizan pihaknya dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengenai perkara itu ketika membentangkan laporan rasmi ramalan cuaca dalam tempoh MTL pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, 17 Oktober lalu.

“Diramalkan musim MTL 2023/2024 akan bermula pada November ini dan berterusan hingga Mac 2024. Sebagaimana MTL sebelum ini, sebahagian besar negeri dijangka menghadapi keadaan cuaca lebih lembap dalam tempoh ini yang membawa risiko banjir.

“Namun, diramalkan Sabah akan mengalami keadaan agak berbeza pada MTL kali ini dengan keadaan pengurangan kadar taburan hujan. Dijangka jumlah hujan bulanan (mm) bagi Sabah adalah kurang 20 peratus di bawah purata dalam tenpoh itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Rahmah Bergerak di Kampung Warisan, Darau, di sini hari ini.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata kesiapsiagaan kerajaan Sabah dalam menghadapi fenomena itu adalah perlu bagi memastikan bekalan air masih dapat disalurkan kepada semua penduduk kerana dikhuatiri kekurangan hujan akan menyumbang kepada risiko gangguan bekalan air.

“Gangguan bekalan air yang sememangnya ada di Sabah akan menjadi lebih serius kerana 20 peratus adalah satu kadar besar. Kekurangan jumlah taburan hujan dikhuatiri memberi kesan kepada tahap bekalan air mentah di kawasan empangan dan sungai yang menjadi sumber bekalan untuk loji-loji rawatan air,” katanya.

Justeru, Armizan mengesyorkan kerajaan Sabah supaya mendapatkan laporan terperinci daripada METMalaysia bagi mengenal pasti lokasi dijangka berdepan kekurangan taburan hujan agar pelan awal dapat dirangka untuk menangani risiko isu gangguan bekalan air di kawasan terbabit.

Beliau turut mengingatkan agensi berkaitan termasuk pasukan tindak balas memastikan aset termasuk pusat pemindahan sementara untuk berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi menghadapi banjir meskipun Sabah diramal mengalami kekurangan hujan sepanjang MTL.

Bernama-

Tags: Pengurangan HujanSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd