Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Lembah Klang Dijangka Ribut,...

PETALING JAYA – Pengundi digalakkan keluar waktu pagi ketika Pilihan Raya Umum ke-15...

BBC World Service Radio...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan ditemuramah oleh...

Polis Sarawak Terima 69...

KUCHING - Polis Sarawak menerima 69 buah motosikal awal tahun ini untuk diagih...

Cubaan Seludup, Aksem Berkas...

PADANG BESAR - Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Perlis menahan dua beranak warga Thai...

PRK Pelangai: BN Kekal Penguasaan

Bentong : Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini, dalam pertembungan tiga penjuru.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Setakat jam 8.10 malam tadi, BN menerusi calonnya, Datuk Amizar Abu Adam memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan calon Perikatan Nasional (PN). Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi, manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya 43 undi.

Dengan kemenangan itu, BN bersama PH yang membentuk Kerajaan Perpaduan terus mengekalkan 17 kerusi DUN manakala PN kekal dengan lapan kerusi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), penyandang kerusi itu dari BN, Datuk Seri Johari Harun menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim yang mendapat 3,260 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031 undi) dan calon Pejuang, Isa Ahmad (65 undi).

PRK kerusi berkenaan diadakan selepas penyandang kawasan itu diisytihar kosong susulan kematian Johari yang terbabit nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor Ogos lalu.

Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan daripada 16,456 pengundi itu, seramai 36 adalah anggota polis, manakala tiga lagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.


30 saluran dibuka

Proses pengundian bermula jam 8 pagi dan ditutup pada jam 6 petang, menyaksikan sebanyak sembilan pusat mengundi biasa membabitkan 30 saluran dibuka.

Mengikut data SPR memaklumkan daripada 16,456 pengundi itu, seramai 36 adalah anggota polis, manakala tiga lagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK DUN Pelangai menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka, walaupun tarikhnya ditetapkan pada 3 Oktober lalu, selepas SPR mengeluarkan 73 kertas undi kepada yang berhak mengundi secara pos.

Berdasarkan rekod, DUN Pelangai mulai dijadikan kawasan DUN pada 1986 dan sejak itu ia diwakili wakil rakyat daripada BN-UMNO, dengan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mewakili kawasan itu untuk lapan penggal (1986-2022).

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori