Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

‘Rafah Harapan Terakhir Kami,...

Kuala Lumpur : Ungkapan anak kecil ini, dia tidur di bawah trak supaya...

George Bush Masuk Hospital...

WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H.W Bush dimasukkan ke hospital...

Laporan Interim Siasatan MH370...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan laporan interim berhubung hasil siasatan berkaitan...

Jabatan Imigesen Kelantan Tahan...

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Kelantan menahan 28 pendatang asing tanpa izin dalam Ops Ikrar...

Polis Tumpaskan Sindiket Penyeludupan Diesel Dan Makanan Sejuk Beku Bernilai RM215 Juta

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak diesel dan makanan sejuk beku menerusi 12 serbuan melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menerusi Op Tiris dan Op Taring sejak 10 Oktober lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sepanjang tempoh itu, seramai 15 individu diberkas dalam serbuan yang dijalankan Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) itu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, empat serbuan dijalankan melibatkan Op Tiris manakala lapan serbuan Op Taring dijalankan melibatkan sindiket yang dikesan bergiat aktif.

Kata beliau, suspek lelaki berumur 20 hingga 48 tahun itu diberkas bersama rampasan bernilai RM1,468,321.

“Serbuan menerusi Op Tiris yang menyasarkan kegiatan penyelewengan diesel melibatkan seramai 12 individu termasuk seorang warga Myanmar ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Op Taring, beliau berkata, tangkapan tiga individu termasuk dua wanita warga Indonesia telah dilakukan.

Jelasnya, kesemua suspek ditahan berumur 26 hingga 36 tahun.

“Turut dirampas adalah 54,515 kotak mengandungi pelbagai jenis makanan sejuk beku dan 144 paket gula pasir dengan nilai RM14,121,465.36,” jelasnya.


Menurut beliau, tangkapan dijalankan untuk siasatan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Haiwan 2015.

Ujarnya, sebanyak 165 serbuan dijalankan sejak Januari sehingga Oktober ini dengan melibatkan tangkapan seramai 392 individu.

“Kesemua tangkapan ini terdiri daripada 291 lelaki warga tempatan berumur antara 18 hingga 60 tahun dan 27 wanita tempatan berumur antara 19 hingga 35 tahun.

“Selain itu, serbuan dijalankan turut menahan seramai 64 lelaki warga asing berumur antara 19 hingga 45 tahun dan 10 wanita warga asing berumur 30 hingga 36 tahun,” ujarnya.

Tambah beliau, serbuan dan tangkapan dijalankan ini turut melibatkan rampasan pelbagai barang kes bernilai keseluruhan kira-kira RM215,565,308.87.

“JKDNKA sentiasa komited dalam memerangi penyeludupan barangan tidak bercukai kastam serta penyelewengan barangan kawalan bersubsidi agar hasil negara sentiasa dilindungi dan terpelihara.

“Operasi bersepadu bersama agensi-agensi terlibat sentiasa dijalankan dan masa sama, orang ramai diharap dapat terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis agar kegiatan jenayah ini dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori