• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Pantau Tujuh Kumpulan Ajaran Sesat

oleh Mohd Arshad
19/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dunia Kutuk Kekejaman Israel Bom Hospital
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau rapi tujuh kumpulan ajaran sesat yang menarik perhatian keselamatan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, enam kumpulan itu ialah Tarekat Habib Shah, Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN), Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Millah Abraham@Ibrahim, Ajaran Suhaini@Sihulk, Nur Mutiara Mutmainnah (NMM) dan The Ahmadi Religion of Peace and Light.

Katanya, sepanjang tahun 2022-2023 sebanyak 51 laporan polis direkodkan berhubung aktiviti kumpulan ajaran sesat atau menyeleweng.

“Bagi tempoh berkenaan, 23 tangkapan sudah dilakukakan PDRM dan agensi berkaitan ke atas pemimpin dan pengikut ajaran sesat dan menyeleweng.

“Jumlah tangkapan ini membabitkan Terekat Habib Shah sebanyak 20 tangkapan dan masing-masing satu tangkapan bagi ajaran Ilmu Akhir zaman, Nur Mutiara Makrifatullah (NMM) dan Ajaran Suhaini @ Sihulk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, PDRM memandang serius penyebaran ajaran sesat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam.

“Pemantauan rapi dijalankan dalam perkara ini bagi memastikan tiada penganut atau pengamal ajaran sesat yang melangkaui garisan keselamatan.

“PDRM akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi mengikut peruntukan Kanun Keseksaan dan Multimedia 1998 sekiranya terdapat penganut atau pengamal ajaran sesat membuat tindakan yang boleh mendatangkan kegusaran awam, suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan yang boleh mendatangkan mudarat tahap keselamatan,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: Kumpulan Ajaran SesatPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd