Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

‘Pendaki Bikini’ Ditemui Mati...

SEORANG pendaki yang diberi jolokan 'Pendaki Bikini' selepas dikenali suka berpakaian renang untuk...

Samseng Jalan Raya Sudah...

JOHOR BAHRU - Suspek utama kes dua lelaki tunjuk isyarat lucah dan mengugut...

Kanak-Kanak Maut Dipercayai Didera...

BATU PAHAT - Seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun meninggal dunia di Hospital...

Selebriti Tawar 1 Juta...

Pemain drum kumpulan Blink 182, Travis Barker pernah menawarkan wang sebanyak AS$1 juta...

PAS Tak Akan Sertai Kerajaan Perpaduan – Hadi Awang

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak akan menyertai Kerajaan Perpaduan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sambil menyindir gabungan parti yang membentuk pentadbiran peringkat Persekutuan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, beliau berkata, partinya tidak akan masuk ke tempat yang didakwanya kotor untuk membersihkan kekotoran.

“Untuk bersihkan, kita kena duduk di luar, macam mana kami nak ikut (Kerajaan Perpaduan),” katanya kepada media selepas merasmikan Muktamar PAS ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyenaraikan tujuh kebajikan jika PAS menyertai Kerajaan Perpaduan, termasuk UMNO akan kembali ‘dibersihkan’,

Menurut Asyraf Wajdi, tidak akan ada lagi kata nista, label seperti ‘sesat’, ‘kafir’, ‘ahli neraka’, ‘munafik’ dan pelbagai lagi gelaran buruk apabila UMNO dan PAS kembali menjadi rakan sebagaimana pengalaman 22 bulan bekerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) dan penyatuan ummah.

“Banyak kebaikan sebenarnya jika PAS menyertai Kerajaan Perpaduan, antaranya tiada lagi fatwa atau ceramah daripada pimpinan dan pendokong PAS yang ‘mengkafirkan’ atau menyesatkan mana-mana pihak terutamanya terhadap parti yang berbeza ideologi dengan mereka.

“Tiada lagi isu ‘Islam terancam’ dan ‘Melayu terancam’ sebagaimana yang sering disebarkan dalam pelbagai media dan pentas ceramah,” kata Setiausaha Agung UMNO itu dalam hantaran di Facebook.

Awal minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor menyatakan beliau pernah menjemput PAS pada tahun lalu untuk menganggotai Kerajaan Perpaduan, namun tawarannya ketika itu ditolak parti berkenaan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menjelaskan demikian ketika ditemu bual Time Magazine yang disiarkan secara dalam talian pada 11 Oktober lalu, bersama ‘jaminan’ tidak akan menghalang kerjasama dengan parti PAS jika ia wujud pada masa akan datang.

Beliau yang juga Presiden PKR memberi gambaran pintu untuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan belum ditutup rapat dengan syarat PAS perlu menerima Malaysia sebagai negara berbilang agama dan setiap rakyat mempunyai tempat, meskipun Islam ialah agama Persekutuan.

Asyraf Wajdi menjelaskan, kebaikan ketiga jika PAS menyertai Kerajaan Perpaduan ialah DAP sekali lagi akan disucikan dengan fatwa-fatwa baharu sebagaimana ketika parti itu dan PAS bersama dalam gabungan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, 2004 dan 2008.


“UMNO akan kembali dibersihkan dan tiada lagi kata nista, label-label seperti ‘sesat’, ‘kafir’, ‘ahli neraka’, ‘munafik’ dan pelbagai lagi gelaran yang dikaitkan dengan binatang apabila sudah kembali menjadi rakan sebagaimana pengalaman 22 bulan dalam kerjasama MN dan Penyatuan Ummah.

“Tiada lagi istilah Malaysia menuju negara sekular kerana bersekongkol dengan DAP yang dilabelkan ‘kafir’ dan sekular,” kata pemimpin UMNO itu.

Kebaikan keenam, kata Asyraf Wajdi, tiada lagi parti dalam Kerajaan Perpaduan terutama yang mempunyai orang Melayu Islam seperti UMNO, AMANAH dan PKR akan dilabel ‘barua’ dan ‘penjilat’ DAP atau label ‘kafir’, ‘toghut’ dan sebagainya apabila PAS menyertai Kerajaan Perpaduan.

Terakhir, beliau berkata, Anwar akan kembali dijulang PAS sebagai pemimpin Islam yang suci dan bersih sebagaimana sewaktu PRU-10, PRU-11 dan PRU-12 dahulu.

“Semua di atas pastinya akan menurunkan suhu politik negara yang memberikan manfaat kepada rakyat bagi membolehkan fokus utama kepada soal memulihkan ekonomi negara dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

“Ini kerana tiada lagi politik fitnah, politik tohmah, politik adu domba yang merugikan dan memudaratkan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengesahkan PAS tidak menerima sebarang jemputan rasmi bagi menyertai Kerajaan Perpaduan, sebaliknya jemputan yang diterima hanyalah melalui media antarabangsa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Marang berkenaan mendakwa Kerajaan Perpaduan hilang sokongan orang muda kerana gagal menunaikan janji dalam manisfesto, selain tindak tanduk untuk menarik semua parti dalam menubuhkan kerajaan yang turut mengecewakan golongan itu.

Abdul Hadi turut membangkitkan masalah mengenai orang Melayu yang dilihat semakin tidak meminati politik, sedangkan bukan Melayu lebih berminat keluar mengundi.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori