• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Dalam Lokap Balai Polis Sungai Besar Tiada Unsur Jenayah – Polis

oleh AK-47
28/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kematian Dalam Lokap Balai Polis Sungai Besar Tiada Unsur Jenayah – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Bedah siasat ke atas seorang lelaki yang meninggal dunia ketika dalam tahanan di Balai Polis Sungai Besar, Selangor mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan (JIPS) Bukit Aman Azri Ahmad dalam satu kenyataan berkata bedah siasat ke atas lelaki berusia 49 tahun itu dijalankan di Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 4.20 petang semalam dan ujian pengesanan Covid-19 juga menunjukkan keputusan negatif.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah yang dikesan dan punca kematian masih pending laboratory investigation,” katanya dalam kenyataan.

Azri berkata lelaki itu ditangkap di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 26 Okt dan ditahan di lokap berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Pada 27 Oktober 2023 jam lebih kurang 3.30 pagi, anggota petugas lokap dapati orang kena tangkap (OKT) dalam keadaan meniarap dan tidak sedarkan diri. Pihak hospital segera dihubungi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pada jam lebih kurang 4.40 pagi, penolong pegawai perubatan telah hadir dan membuat pemeriksaan ke atas OKT serta mengesahkan kematian,” katanya.

Menurutnya Unit siasatan jenayah dan kematian dalam tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.

-Malaysia Kini

Tags: Balai Polis Sungai BesarKes Kematian Dalam Lokappolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd