Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

DAP Nyata Biadap Kuasai...

SECARA kebetulan jika dilihat hanya akhbar berbahasa Cina yang begitu galak mempromosikan perhimpunan...

Sharifah Sakinah Sah Bergelar...

DENGAN sekali lafaz pelakon, pengacara dan pengamal aktiviti kecergasan, Sharifah Sakinah sah bergelar isteri...

Kes Baharu Covid-19 Melonjak,...

SEBANYAK 62 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat...

Tan Chee Teong Calon...

KUALA LUMPUR – MCA mengumumkan anggota jawatankuasa parti bahagian Bangi, Tan Chee Teong...

Kadar Elaun Sara Hidup 24,729 Pelajar Tajaan KPT Dinaik Tahun Depan

PUTRAJAYA: Seramai 24,729 pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menerima kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) bermula tahun hadapan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kenaikan kadar ESH itu akan dimanfaatkan oleh pelajar yang sedang dan akan ditaja membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM30.78 juta setahun.

Beliau berkata, ketetapan terbaharu itu membabitkan kenaikan kadar ESH sebanyak 15 peratus kepada pelajar sarjana dan PhD sedia ada dan baharu luar negara di bawah Program MyBrainScience.

“Selain itu, kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu di United Kingdom (UK) pula diseragamkan dan tidak lagi mengikut kawasan memandangkan perbezaan indeks kos sara hidup di antara kawasan-kawasan yang berlainan.

“Selain itu, kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu di United Kingdom (UK) pula akan diseragamkan dan tidak lagi mengikut kawasan memandangkan perbezaan indeks kos sara hidup di antara kawasan-kawasan yang berlainan.

“Manakala, kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu di Amerika Syarikat pula akan diseragamkan daripada tiga kadar kepada dua kadar sahaja,” katanya pada majlis pelancaran MyBrain 2.0 dan penyampaian surat tawaran penajaan KPT 2023 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, KPT akan turut menaikkan kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu bagi program-program penajaan dalam negara iaitu sebanyak RM100 sebulan.


Jelasnya lagi, kenaikan ini akan melibatkan penerima Biasiswa Atlet Cemerlang IPT, Biasiswa Pelajar Cemerlang Politeknik, Biasiswa Tokoh Siswa, Dermasiswa B40 TVET dan Program MyBrain 2.0.

Sementara itu, katanya, KPT juga akan menyeragamkan ESH pelajar sedia ada dan baharu kepada hanya satu kadar mengikut peringkat pengajian iaitu Diploma (RM730), Ijazah Sarjana Muda (RM800) Sarjana dan PhD (RM1,000).

Bagaimanapun, katanya, penyeragaman ini tidak melibatkan program MyBrainScience kerana kadar ESH sedia ada program tersebut adalah lebih baik daripada program-program lain sedia ada.

“Selain itu, kenaikan RM100 sebulan ESH/Elaun Wang Saku juga diperluaskan kepada pelajar-pelajar B40 (Bantuan Kewangan Asasi IPTA dan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti) dan OKU (Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya dan Program Pendidikan Khas).

“Bagaimanapun, kadar ESH yang dinikmati oleh pelajar dalam kalangan pegawai awam dalam perkhidmatan sama ada sedia ada dan baharu dalam dan luar negara dikekalkan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori