• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaminan Pinjaman 1MDB Berjumlah RM18.17 Bilion Sehingga 2022 – LKAN

oleh AK-47
10/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Geng Tikus Tumpas
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jaminan pinjaman syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM18.17 bilion sehingga akhir 2022, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dikeluarkan hari ini.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Jaminan pinjaman berkenaan terdiri daripada bon berjumlah US$3 bilion atau RM13.17 bilion yang perlu dilunaskan pada 2023 dan bon sebanyak RM5 bilion yang akan matang menjelang 2039.

Laporan itu menjelaskan bon 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) telah matang dalam 2022.

Disamping itu, prinsipal bon berjumlah US$3.5 bilion atau RM15.524 bilion telah dilunaskan menggunakan dana Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (AAMKA), manakala faedah pinjaman 1MDB yang mencecah RM1.541 bilion pada 2022 dilunaskan menggunakan peruntukan pembangunan berjumlah RM1.53 bilion dan dana AAMKA berjumlah RM11 juta.

Secara keseluruhan, komitmen jaminan kerajaan yang dilaporkan adalah berjumlah RM224.116 bilion pada 2022, menyusut sebanyak RM5.276 bilion atau 2.3 peratus berbanding 2021 yang berada pada RM229.392 bilion.

Pengurangan dalam kedudukan komitmen jaminan disebabkan oleh bayaran prinsipal pinjaman syarikat terutamanya 1MDB yang berjumlah US$3.5 bilion atau RM15.524 bilion, Govco Holdings Bhd (RM1.075 bilion), SRC International Sdn Bhd sebanyak (RM985 juta), Turus Pesawat Sdn Bhd (RM500 juta), Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (RM468 juta) dan Jambatan Kedua Sdn Bhd berjumlah RM94.62 juta).

Selain itu, laporan itu menyatakan terdapat terbitan pinjaman baharu antaranya oleh syarikat DanaInfra Nasional Bhd, Malaysia Rail-Link Sdn Bhd, Prasarana Malaysia Bhd dan TRX City Sdn Bhd bagi membiayai pelaksanaan projek infrastruktur negara.

Menurut laporan itu, Liabiliti Persekutuan berjumlah RM1.399 trilion iaitu terdiri daripada Hutang Persekutuan sebanyak RM1.080 trilion dan Liabiliti Kewangan berjumlah RM319.571 bilion.

Liabiliti Kewangan ini merangkumi Liabiliti Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) berjumlah RM34.492 bilion, Komitmen Kewangan sebanyak RM284.924 bilion serta Pelbagai Liabiliti berjumlah RM0.155 bilion.

Katanya, Liabiliti Persekutuan meningkat RM94.116 bilion atau 7.2 peratus berbanding 2021 yang berjumlah RM1.305 trilion.

Nisbah Liabiliti Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar adalah 78.1 peratus berbanding 84.3 peratus pada 2021.

-Berita Harian

Tags: 1MDBJaminan PinjamanLKAN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dewan Rakyat Luluskan Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022

Next Post

‘Adalah Munasabah Najib Tidak Tahu Sumber Dana Dalam Akaun’ – Peguam Bela

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post
‘Adalah Munasabah Najib Tidak Tahu Sumber Dana Dalam Akaun’ – Peguam Bela

'Adalah Munasabah Najib Tidak Tahu Sumber Dana Dalam Akaun' - Peguam Bela

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd