• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IGP: PDRM Syor Gaji Konstabel Selaras Gaji Minimum

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
IGP: PDRM Syor Gaji Konstabel Selaras Gaji Minimum
Share on FacebookShare on Twitter

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada kerajaan supaya skim gaji permulaan bagi Konstabel (YA1) sebanyak RM1,441 diselaraskan dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata selain penyelarasan tangga gaji, PDRM turut mengemukakan beberapa cadangan khususnya bagi meningkatkan tahap integriti pasukan.

“Kita telah cadangkan agar kenaikan penambahan 30 peratus daripada kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) dan kenaikan satu KGT ‘one off’ bagi kumpulan pengurusan profesional kepada skim pegawai kanan polis iaitu YA13 hingga YA24A.

“Begitu juga kumpulan pelaksana Skim Pegawai Rendah Polis Konstabel daripada Y1 hingga Y10 ini dan Skim Pegawai Kanan Polis dan Konstabel Orang Asli, YP1 hingga Y10, yang kita minta kenaikan 30 peratus KGT dan juga ‘one off’ atas KGT,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Lapang Sasar Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta dekat Ipoh.

Turut hadir, Pengarah KDNKA Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah KDNKA WCB/PSK Bukit Aman SAC Azlin Sadari serta Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Razarudin berkata pihaknya turut mencadangkan supaya kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) yang diterima pegawai dan anggota berbeza mengikut kategori bandar, pinggir bandar dan luar bandar, diselaraskan.

“Gaji yang diterima anggota berpangkat rendah adalah kecil, selain tidak setimpal dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka yang bertugas di bandar besar,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Gaji KonstabelGaji MinimumigpPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Mulai Jun 2027

Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Mulai Jun 2027

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa Jun 2027, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd