Monday, November 11, 2024

Creating liberating content

Bersama Jayakan Dasar Bahasa...

PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyeru seluruh masyarakat supaya sama-sama...

Dovizioso Rangkul Kejuaraan MotoGP...

SEPANG - Penunggang Itali, Andrea Dovizioso yang mewakili pasukan Ducati merangkul kejuaraan MotoGP...

Video Seks Menghadap Bangunan...

SEBUAH video menunjukkan satu pasangan sedang melakukan seks berlatar belakangkan bangunan pencakar langit...

Gigi Palsu Wanita Mangsa...

GILA, itu yang dilabelkan polis ke atas seorang lelaki warga emas berusia 70...

Hantar Tentera Ke Palestin, Perlu Tunggu Keputusan PBB – Mohamad Hasan

PORT DICKSON: Malaysia mengambil pendirian tunggu dan lihat mengenai keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung penghantaran tentera pengaman ke Palestin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata sebagai negara di bawah Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan anggota PBB, Malaysia tidak mahu mengambil tindakan secara bersendirian.

“Kita akan mempertimbangkan apa juga keputusan yang akan dibuat oleh PBB dan akan menilai sejauh mana komitmen yang akan diambil oleh kerajaan Malaysia terutamanya membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita dah ada lebih 800 anggota tentera di Lubnan, kita ada juga beberapa pegawai yang masih bertugas di Somalia atau pun di negara-negara Afrika.


“Sebagai sebuah negara yang menyertai misi pengaman PBB, kita akan tunggu dan kita akan lihat apa keputusan PBB dan di situ nanti kita akan menilai sama ada keperluan Malaysia menyertai tentera pengaman ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di sini, hari ini.

Mohamad berkata, kerajaan juga tidak akan tergesa-gesa menghantar pasukan tentera ke Palestin.

Sebelum itu media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya Malaysia enggan menghantar pasukan tentera bagi membantu Palestin yang kini sedang berperang dengan Israel.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori