• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Rakan Temui Tengkorak Ketika Bersiar-siar Di Pantai Eye On

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
AS Benarkan Eksport Pengeluar Cip Korea Selatan Bagi Operasi Di China
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Satu tengkorak dan tulang dipercayai milik manusia ditemui berhampiran sebuah bangunan di Pantai Eye On di sini, kelmarin.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ia ditemui orang awam yang kemudiannya membuat laporan berhubung penemuan itu pada pukul 6.32 petang.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Melaka Tengah telah ke lokasi dan pemeriksaan menemui satu tengkorak dan tulang di atas pasir dalam kawasan semak.

“Satu tulang turut ditemukan kira-kira lima meter daripada tengkorak. Seluar jeans dalam keadaan separuh tertimbus dalam pasir berada di sebelah tulang berkenaan.

“Menurut saksi, dia menjumpai tengkorak itu pada pukul 6 petang ketika berjalan-jalan di tepi pantai melalui kawasan yang bersemak. Saksi juga tidak melihat apa-apa yang mencurigakan di sekitar kawasan tengkorak ditemui,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, setakat ini tiada kes laporan orang hilang dilaporkan di Balai Polis Melaka Tengah dan identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Menurutnya, tengkorak dan tulang tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk siasatan.

“Saya menyeru agar orang ramai yang mempunyai kehilangan ahli keluarga atau maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian ini,” ujarnya.

UtusanOnline-

Tags: rakantemuitengkorak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Puji Keberanian Pelajar Peluk Rakan Bersenjata Kapak, Lindungi Guru

Netizen Puji Keberanian Pelajar Peluk Rakan Bersenjata Kapak, Lindungi Guru

22/10/2026
0

KUCHING - Tindakan seorang pelajar tidak melarikan diri, sebaliknya membantu melindungi gurunya dengan memeluk seorang pelajar lain yang bertindak menyerang...

Onn Hafiz Temui Bank of America, Bincang Peluang Pelaburan Di Johor Menerusi JS-SEZ

Onn Hafiz Temui Bank of America, Bincang Peluang Pelaburan Di Johor Menerusi JS-SEZ

20/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan pertemuan dengan Bank of America bagi membincangkan peluang kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd