• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Adeeba Dinobat Sebagai Tokoh Akademik Negara

oleh Mohd Arshad
31/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dr Adeeba Dinobat Sebagai Tokoh Akademik Negara
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pakar Penyakit Berjangkit Negara, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara, sempena malam Anugerah Akademik Negara ke-15, yang disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di sini, pada Selasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam satu kenyataan media, KPT berkata, Dr Adeeba bukan sahaja seorang pakar perubatan, malah merupakan pelopor program pengawalan penyakit berjangkit di Malaysia.

Menurut kenyataan itu lagi, Dr Adeeba juga bertanggungjawab menubuhkan Unit Penyakit Berjangkit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada tahun 1996 serta Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dalam AIDS (CERiA) di Universiti Malaya pada tahun 2008.

“Hasil kepimpinan dan sumbangannya, CERiA telah menjadi satu daripada pusat rujukan HIV/AIDS terkemuka di negara ini.

“Di peringkat antarabangsa, beliau merupakan anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Global berkaitan Polisi Dadah,” menurut kenyataan itu lagi.

Selaku Tokoh Akademik Negara, Dr Adeeba menerima hadiah wang tunai RM200,000.00 beserta trofi dan sijil, manakala bagi penerima kategori yang lain pula menerima wang tunai RM50,000.00 beserta trofi dan sijil.

Malam Akademik Negara itu turut menyaksikan lima lagi ahli academia sebagai penerima anugerah mengikut kategori masing-masing, iaitu:

Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal untuk kategori Bidang Sains
Prof. Madya Dr. Tan Jun Jie
Universiti Sains Malaysia (USM)

Anugerah Penerbitan Buku
Prof. Dr. Shamsul Bahri bin Abdul Razak
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Anugerah Pengajaran Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan
Prof. Madya Dr. Adibah binti Abdul Latif
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Anugerah Pengajaran Kelompok Sains Gunaan
Dr. Norliza binti Mohd Isa
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
Ts. Dr. Mariani binti Abdul Hamid
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Anugerah Akademik Negara mesti dilihat sebagai perkara yang besar sebenarnya, meneruskan tradisi yang dimulakan oleh kerajaan Malaysia, untuk meraikan kesarjanaan ahli akademik tempatan.

Beliau berkata, masyarakat sentiasa memerlukan ikon kesarjanaan dan juga suri teladan yang berketerampilan, berintegriti lagi berwibawa.

Biar apa pun lapangan yang diceburi, tegasnya lagi, kehadiran ikon dan tokoh yang dihormati akan memangkin semangat dan kesungguhan dalam kalangan banyak pihak.

“Paling penting, ahli-ahli akademik harus menjadi inspirasi kepada mahasiswa untuk melonjak potensi diri yang terbaik. Ahli-ahli akademik harus menjadi rujukan kepada anak bangsa kita untuk memberi yang terbaik kepada negara.

“Semua proses ini memerlukan ahli sarjana, ikon pemikir dan sang murabbi yang bukan sahaja mengajar dan mendidik di peringkat pendidikan tinggi. Tetapi menjadi inspirasi yang disegani kepada rakan dan orang awam,” katanya, melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pengajian Tinggi.

Dalam teks tersebut, Perdana Menteri selanjutnya berkata, beliau berharap ahli-ahli akademik tempatan dapat memainkan peranan menjadi peneraju akal dan pemikiran bangsa, terutamanya dalam menggerakkan Gagasan Malaysia Madani sebagai satu etos nasional yang menyeru kepada kebaikan.

“Secara peribadi, saya akui dan berbangga dengan sumbangan ilmu oleh ahli-ahli akademik kita yang tidak terhad kepada sumbangan dalam ruang lingkup tempatan sahaja. Ada pensyarah kita yang sudah biasa menjadi sarjana awam yang berkongsi ilmu, pengetahuan dan kepakaran mereka di pentas antarabangsa dan dengan negara-negara luar.

“Atas dasar itu, memandangkan kita sedang berhadapan dengan arus zaman yang mencabar ini, harus wujud kesedaran bahawa kebanyakan masalah yang kita hadapi hari ini sebenarnya saling berkait,” katanya lagi.

Perdana Menteri berkata, cabaran yang lahir menuntut langkah yang serentak di pelbagai bidang dan sektor, dengan langkah tersebut perlu diawali dengan ilmu dan pengetahuan yang sentiasa ditambah baik dalam kalangan ahli akademik.

Awani-

Tags: Anugerah Akademik Negara ke-15Datuk Seri Mohamed Khaled NordinMenteri Pengajian TinggiProf Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akhir Tahun Muktamad Kajian Gabung Lesen B1, B2, B Secara Automatik – JPJ

Next Post

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

Related Posts

Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX

Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX

04/12/2023
0

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menaik taraf Politeknik Ungku Omar (PUO) sebagai politeknik Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX)....

KPT Pertimbang Politeknik Ungku Omar Naik Taraf Universiti

KPT Pertimbang Politeknik Ungku Omar Naik Taraf Universiti

29/11/2023
0

SEPANG: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mempertimbangkan cadangan bagi menaik taraf Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh Perak sebagai taraf sebuah...

Next Post
IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian - Anwar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd