• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat: Pembangkang Desak Pengeluaran KWSP Bersasar

oleh Mohd Arshad
12/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dewan Rakyat: Pembangkang Desak Pengeluaran KWSP Bersasar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Ahli-ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan supaya membenarkan pengeluaran dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi kepada pencarum secara bersasar.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, permintaan itu susulan memorandum yang diterima Perikatan Nasional (PN) daripada Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) baru-baru ini.

Katanya, isu pengeluaran KWSP antara 10 permintaan yang dikemukakan kepada pihaknya setelah menjalankan tinjauan kepada 99,335 pencarum yang menyatakan mereka terdesak wang.

“Bagi mereka, langkah kerajaan membuka ruang untuk dana KWSP dicagar kepada bank pinjaman sebelum ini adalah tidak wajar dan kebanyakan rakyat merasakan ini tidak logik.

“Sebab mereka ada dana dalam KWSP, tetapi terpaksa berhutang. Mereka mahu selesaikan hutang sebelum ini dengan guna dana, tapi terpaksa berhutang untuk bayar hutang.

“Jadi, kami harap kerajaan ambil tindakan segera. Tolong benarkan KWSP secara bersasar,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, PGIRM melalui memorandum sama meminta kerajaan memudah cara individu yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19 untuk kembali ke alam pekerjaan.

“Lanjutan krisis dan masalah ekonomi negara, ramai rakyat dibuang kerja. Sehingga hari ini, mereka tidak dapat kerja semula.

“Jadi, permintaan rakyat ini supaya kerajaan menjalankan proses memudahkan mereka yang dibuang kerja, ada pengalaman kerja tetapi sampai sekarang tak dapat pekerjaan.

“Kita minta kerajaan mudahkan urusan mereka mendapatkan kembali pekerjaan supaya boleh menjalani kehidupan secara bermaruah dan tidak perlu meminta secara berterusan,” katanya.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim dalam sidang media sama menyarankan kerajaan memberi keutamaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan, biarpun terdapat industri mahu mendapatkan khidmat pekerja asing.

Katanya, keputusan Kabinet sebelum ini yang memutuskan membuka 7,500 kuota pekerja asing bagi pengambilan subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut, tekstil dan tukang emas adalah bukan mendesak.

“Saya menyarankan bagi pihak PN supaya keperluan 7,500 pekerja asing seperti diumumkan Menteri Sumber Manusia itu tidak terlalu mendesak dan ia boleh dipenuhi dengan mengambil warga tempatan yang berkemahiran untuk mengisi keperluan sektor terbabit termasuk dalam bidang kesihatan,” katanya.

Jelasnya, negara juga pada masa ini mempunyai lepasan pelajar dalam bidang kejururawatan yang boleh menampung keperluan tenaga kerja tempatan.

“Kita ada lambakan jururawat yang masih lagi dalam status kontrak, tetapkan bagi (jawatan tetap) mereka ini dan bila kita lihat dibukanya untuk mengisi jawatan (kepada pekerja asing) ketika banyak jururawat kita yang terlatih.

“Jadi, tumpulah kepada anak tempatan sebelum kita mahu membuka kepada warga asing ini,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Dewan RakyatpembangkangPengeluaran KWSP Bersasar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd