Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Mayat 2 Suspek Pembunuh...

KUALA LUMPUR - Mayat dua wanita disyaki pembunuh abang tiri diktator Korea Utara,...

Melaka Naik Taraf Bangunan...

MELAKA - Kerajaan Melaka akan menaik taraf sembilan bangunan kerajaan negeri dan anak...

PNB Sumbang RM8 Juta...

PUTRAJAYA - Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menyumbang sebanyak RM8 juta kepada...

Ngeri..! Wanita Mati Disepit...

MENGERIKAN.. satu lagi kemalangan maut melibatkan jentera berlaku di China pagi tadi.Belum reda...

Dewan Rakyat Panas Gara-gara Sebut ‘Mendoakan Kerajaan Pusat Menemui Ajalnya’

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat petang ini agak hangat berikutan pertikaman lidah antara wakil rakyat kerajaan dan Ahli Parlimen pembangkang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pertelingkahan tercetus apabila Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) mendoakan kerajaan Pusat menemui ajalnya kerana bersikap di luar batas kemanusiaan ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Beliau turut mendakwa, kerajaan melanggar isu agama dan institusi diraja, menyebabkan keadilan tidak berlaku di negara ini.

Menyifatkan perbahasan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS itu sebagai sangkaan jahat serta menyakitkan hati, RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudian mengemukakan Peraturan 36(6) dan 36(10) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Rayer ketika mencelah menegaskan, kenyataan Nik Muhammad Zawawi boleh memecahbelahkan rakyat, selain tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai Muslim yang alim.

Selain Rayer, Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) turut bangkit mengemukakan Peraturan 36(7), mendakwa Muhammad Zawawi menggunakan institusi diraja untuk mempengaruhi Dewan Rakyat.

Rentetan itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor mengarahkan Nik Muhammad Zawawi berdiri dan membela diri, sebelum memuktamadkan keputusan berhubung dakwaan dibangkitkan.

Ramli: Sebelum saya buat keputusan, Pasir Putih dengarkan tiga perkara ini. Jadi tolong berdiri, kita jangan ke peraturan lain. Dengar dan jawab, sebab benda ini saya nak rekod.

Mengenai Peraturan 36(6). Apa yang dinyatakan Yang Berhormat (YB) tadi, adakah dengan tulus hati berniat jahat kepada sebelah sini (kerajaan)?

Nik Muhammad Zawawi: Tidak, sama sekali tidak


Ramli: Bagi Peraturan 36(7) yang Ipoh Timur (Chuan How) nyatakan, adakah YB menggunakan raja sebagai platform untuk menyatakan dalam dewan ini untuk menyokong hujah YB?

Nik Muhammad Zawawi: Juga tidak betul, saya sebut perkara lain

Ramli: Mengenai Peraturan 36(10), adakah niat YB untuk sengaja melagakan perasaan sebelah sini (kerajaan)?

Nik Muhammad Zawawi: Tidak, sekadar keihklasan, saya sebut paling jujur. Saya nak betulkan keadaan supaya sama-sama kita menghormati perkara ini.

Ramli yang berpuas hati dengan jawapan Nik Muhammad Zawawi itu kemudian memutuskan dakwaan seperti dinyatakan Rayer dan Chuan How tidak wujud.

“YB sebelah sini (kerajaan), niat tidak boleh dianggapkan. Hanya perbuatan seseorang boleh kita ‘deduce’ (menyimpulkan). Ini berpandukan pengalaman saya selama 18 tahun di mahkamah.

“Saya diberi kuasa untuk memutuskan dan ia boleh dirayu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. Perkara ini berlaku di hadapan saya, kalau kaitkan benda luar, saya tak mahu buat keputusan.

“Keputusan saya jelas kedua-dua pihak menyatakan niat mengenai perkara ingin dibangkitkan. Saya zahirkan benda dinyatakan tidak wujud. Kalau dia (Nik Muhammad Zawawi) menyatakan ‘ya, saya gunakan platform agong atau raja’, ini keadaan berbeza kerana ia jelas.

“Ramai di sini peguam serta pengamal undang-undang dan saya terikat untuk memutuskan atas fakta dan faktanya jelas,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori