Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Pejalan Kaki Maut Dilanggar...

KOTA BHARU : Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pebagai guna...

Hartal Doktor Kontrak Kali...

KUALA LUMPUR - Gerakan Hartal Doktor Kontrak memberi masa kepada kerajaan untuk tampil...

Peruntukan RM1.1 Juta Baik...

IPOH - Kementerian Kewangan hari ini menyerahkan peruntukan RM1.1 juta untuk kerja membaik...

Kisah Sedih Amanda Todd.....

AMANDA seorang remaja yang cantik. Sudah adat gadis seusianya, dia dambakan perhatian terutama...

Datuk Palsu Terlibat Penipuan RM1 Juta Diburu Polis

ALOR SETAR : Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai menggunakan gelaran Datuk palsu yang disyaki terbabit dalam penipuan memperdaya mangsa dengan tawaran perniagaan rakan kongsi tidak wujud.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata, individu terbabit, Mohamd Jaylani Sheikh Mohamad berusia 44 tahun dan alamat terakhirnya di Taman Citra, di sini.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sedang menjalankan siasatan berhubung beberapa laporan polis yang diterima berkenaan kes penipuan terbabit.

“Jumlah kerugian berkaitan kes ini membabitkan RM1 juta dan hasil siasatan mendapati individu terbabit menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu. Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang dilakukan,” katanya di sini, hari ini.


Syed Basri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun dan dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda.

Sehubungan itu katanya, orang ramai diminta untuk memberikan maklumat kepada pihak polis melalui hotline IPD Kota Setar 04-7326999 atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Zakuan di talian 012-9428575 atau Inspektor Saiful Supia di talian 017-9743153.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori