Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Xiaomi Menawarkan Redmi Note...

Redmi Note 4G merupakan telefon pintar terbaru daripada pihak Xiaomi yang turut menyertakan...

Pemuda Maut Ditikam Bapa...

JOHOR BAHRU - Seorang pemuda maut ditikam bapanya dalam satu pergaduhan di rumah...

Laudya Cynthia Bella Sambut...

KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella ceria menyambut hari kelahiran...

Warga Emas Maut Dilanggar...

ROMPIN – Seorang warga emas maut dlanggar oleh sebuah motosikal ketika sedang berjalan kaki ke...

Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas ditinggalkan hampir 10 jam dalam kereta ibunya dari pagi hingga petang di kawasan parkir kenderaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Cheras, semalam.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Kejadian berlaku selepas ibu mangsa yang juga seorang doktor, menyangka sudah menghantar bayinya itu ke TASKA sebelum ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata terdahulu pegawai perubatan HTCM menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 5.53 petang.

Beliau berkata, mangsa yang juga anak bongsu daripada dua beradik kemudian disahkan meninggal dunia.

“Hasil siasatan awal mendapati pada jam 7.20 pagi, ibu mangsa meletakkan bayinya di tempat duduk belakang penumpang sebelah kiri dalam kereta untuk dihantar ke TASKA.


“Bagaimanapun, ibu mangsa terus memandu keretanya ke tempat kerja dengan anggapan bahawa mangsa sudah dihantar ke TASKA,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zam Halim berkata, ibu mangsa hanya menyedari bayi itu masih berada di dalam kereta pada petang hari sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke TASKA.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, boleh menghubungi Hotline Polis Cheras melalui talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori