• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Ucap Tahniah Kepada Amizar Menang Kerusi DUN Pelangai

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Anwar Ucap Tahniah Kepada Amizar Menang Kerusi DUN Pelangai
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, semalam.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Dalam perkongsian menerusi Facebook beliau, Anwar berkata, kemenangan itu menjadi kesinambungan kecemerlangan di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, hasil kesepaduan kerjasama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan yang berjaya mendobrak naratif fitnah dan perkauman sempit.

“Ia juga meniup semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus merancakkan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat berlandaskan kerangka ekonomi Madani,” menurut catatan itu.

Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan, serta menzahirkan penghargaan kepada barisan jentera yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan itu.

Amizar, 53, yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong memenangi kerusi Pelangai dengan majoriti 2,949 undi.

Beliau memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni yang hanya meraih 47 undi, sekali gus hilang wang deposit.

-Sinar Harian

Tags: AmizarAnwar IbrahimDUN Pelangai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd