• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhir Tahun Muktamad Kajian Gabung Lesen B1, B2, B Secara Automatik – JPJ

oleh Mohd Arshad
31/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Akhir Tahun Muktamad Kajian Gabung Lesen B1, B2, B Secara Automatik – JPJ
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Kajian untuk menggabungkan lesen memandu motosikal bagi kelas B1, B2 kepada B secara automatik akan dimuktamadkan akhir tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli berkata, kajian itu kini di peringkat akhir penelitian oleh Kementerian Pengangkutan bersama pihaknya.

“Kita akan selesaikan tahun ini juga… di peringkat JPJ kita tunggu keputusan Kementerian Pengangkutan kerana ia membabit dasar.

“Setakat ini kementerian belum umumkan apa-apa keputusan, tapi insya-Allah saya rasa tak ada masalah, mungkin dalam tahun ini kita akan umumkan tertakluk kepada perbincangan kita dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pengangkutan (Anthony Loke),” katanya pada Majlis Penutupan Program MyLesen B2 peringkat JPJ Melaka di Banda Hilir hari ini.

Seramai 298 golongan B40 terdiri penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), e-Kasih, Baitulmal dan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) menerima lesen B2.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebarang keputusan berhubung penggabungan lesen berkenaan tidak perlu dibawa ke Dewan Rakyat untuk diluluskan.

Ogos lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata pihaknya akan membawa cadangan untuk menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik ke Kementerian Pengangkutan untuk penelitian.

Beliau berpendapat tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Aedy Fadly menegaskan bekalan fizikal Lesen Kenderaan Motor (LKM), cukai jalan dan juga Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) di seluruh negara mencukupi ketika ini.

“Orang ramai tidak perlu risau kerana pihak JPJ akan sentiasa menyediakan stok LKM, cukai jalan dan VOC yang diperlukan di setiap negeri,” katanya.

-Berita Harian

Tags: JPJKajian Gabung Lesen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Apa Perasaan Jika Adik Kamu Jadi Mangsa’ – Hakim

Next Post

Dr Adeeba Dinobat Sebagai Tokoh Akademik Negara

Related Posts

JPJ Tambah Baik Prosedur Pemeriksaan Bermula 1 Jun

JPJ Tambah Baik Prosedur Pemeriksaan Bermula 1 Jun

31/05/2025
0

PUTRAJAYA - Dua penambahbaikan utama terhadap prosedur pemeriksaan kenderaan akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula Ahad. Ketua Pengarah...

Operasi Penyamaran Musim Perayaan Diteruskan – JPJ

Operasi Penyamaran Musim Perayaan Diteruskan – JPJ

17/03/2025
0

PASIR PUTEH – Operasi penyamaran akan diteruskan oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada musim perayaan menerusi Ops Khas Sempena...

Next Post
Dr Adeeba Dinobat Sebagai Tokoh Akademik Negara

Dr Adeeba Dinobat Sebagai Tokoh Akademik Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd