Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

COVID-19: ASEAN, Dunia Hadapi...

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 yang sedang dihadapi ASEAN dan seluruh dunia memberi...

Hati-Hati! Sindiket Jual Muffin...

MASUK saja di medan selera atau restoran, tidak lama selepas itu mesti akan ada...

Jangan Salah Guna Royalti...

KUALA TERENGGANU - Wang royalti yang diperoleh kerajaan Terengganu tidak boleh diperuntukkan untuk...

Kemaluan Cucu Bau Busuk...

SUBANG JAYA - Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dilaporkan telah dicabul oleh datuk...

‘Adalah Munasabah Najib Tidak Tahu Sumber Dana Dalam Akaun’ – Peguam Bela

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, adalah munasabah untuk Datuk Seri Najib Razak tidak mengetahui sumber dana yang masuk ke dalam dua akaun peribadinya kerana Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri mengambil masa empat tahun untuk mengenal pasti jejak aliran wang 1Malaysia Development Berhad.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata malah Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB, Adam Ariff Mohd Roslan, dalam keterangannya menyatakan beliau mengambil masa dua tahun untuk memperincikan jejak aliran dana berkenaan.

Muhammad Shafee berhujah, pembelaan bekas perdana menteri itu ialah dana terbabit pemberian daripada Raja Arab Saudi, Allahyarham Raja Abdullah Abdulaziz.

“Jika institusi cemerlang seperti BNM mengambil masa empat tahun dan unit risikan mengambil masa dua tahun untuk memetakan jejak wang, adalah munasabah untuk Najib tidak mengetahui sumber dana itu,” katanya.

Bagaimanapun, Adam Ariff yang disoal balas oleh Muhammad Shafee, pada sesi pemeriksaan balas, berkata beliau tidak boleh mengulas mengenainya.

Bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, dalam keterangan sebelum ini, berkata hanya selepas hampir empat tahun, barulah BNM mendapati wang AS$700 juta milik 1MDB dipindah masuk ke entiti yang salah, iaitu Good Star Ltd, syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Zeti mengakui bahawa ia adalah satu tempoh yang panjang untuk mengetahui perkara berkenaan, kerana ia membabitkan proses yang panjang untuk menjejaki wang itu.


Sementara itu, Muhammad Shafee memberitahu mahkamah, beliau akan menyambung menyoal balas Adam Ariff pada sebelah petang esok kerana menghadiri kes lain pada sesi pagi di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Lawrence Sequerah mengarahkan prosiding sebelah pagi boleh bersambung dengan mendengar keterangan saksi baharu.

Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar, kemudian memaklumkan bahawa pendakwaan akan memanggil saksi pendakwaan ke-48, iaitu pegawai penyiasat untuk memberikan keterangan pada sebelah pagi.

Difahamkan, saksi terbabit ialah Superintendan Foo Wei Min, yang juga Ketua Pasukan Penyiasat Jenayah Anti Pngubahan Wang Haram Bukit Aman,

Najib, 70, berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya ketika itu bagi mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB, serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori