• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Akaun Pengasas MYAirline Dalam Proses Dibekukan

oleh Mohd Arshad
21/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rafizi Stabil Selepas Serangan Jantung
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia dalam proses membekukan lebih 15 akaun yang mempunyai kaitan dengan pengasas syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline dipercayai hasil aktiviti pengubahan wang haram.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Moha­med Yoosuf berkata, tahanan reman ke atas individu berkenaan turut dilanjutkan selama dua hari sehingga esok manakala isteri dan anak lelakinya dibebaskan.

Kata beliau, siasatan diteruskan dan JSJK mengenal pasti beberapa lagi individu yang boleh memberi keterangan dalam membantu siasatan kes.

“Adalah lebih baik jika mereka tampil untuk memberi kerjasama untuk mengelakkan sebarang kesulitan,” katanya di sini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, pihaknya sedang mengenal pasti aset-aset milik tiga beranak termasuk pengasas syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline dipercayai hasil aktiviti pengubahan wang haram.

Siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan pihaknya bagi mengesan mana-mana aset termasuk akaun bank atau harta yang dipercayai hasil kegiatan tersebut.

PDRM juga akan menyiasat punca kewangan milik pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang ditahan itu.

Siasatan juga dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana syarikat penerbangan itu tertubuh.

Selasa lalu, Ramli dilaporkan berkata, pengasas bersama syarikat penerbangan murah yang berusia 57 tahun itu ditahan polis bersama isteri, 55, dan anak lelakinya, 26, di Shah Alam, Selangor.

Beliau berkata, siasatan pihaknya meliputi pelbagai elemen termasuk bagi mengetahui sumber wang melibatkan rangkaian perniagaan dimiliki tiga beranak itu dipercayai hasil pengubahan wang haram.

Ketiga-tiga mereka direman empat hari bermula kelmarin untuk siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Da­ripada Aktiviti Haram 2001.

UtusanOnline-

Tags: akaundibekukanMYAirline
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di...

Deposit Simpan SSPN Cecah RM18.85 Bilion, 6.54 Juta Akaun Dibuka

Deposit Simpan SSPN Cecah RM18.85 Bilion, 6.54 Juta Akaun Dibuka

28/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM18.85 bilion jumlah deposit Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) diterima dengan bilangan akaun berjumlah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd