• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warna Mata Bayi Bertukar Biru Selepas Rawatan Covid-19

oleh Mohd Arshad
07/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Warna Mata Bayi Bertukar Biru Selepas Rawatan Covid-19
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK, Thailand – Warna mata seorang bayi lelaki berumur enam bulan dilaporkan berubah daripada coklat kepada biru selepas dia menerima rawatan asas Covid-19, lapor portal berita Wion News semalam.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Bayi di Thailand itu disahkan menghidap Covid-19 selepas menunjukkan simptom seperti demam dan batuk selama sehari. Kes itu disiarkan dalam jurnal perubatan, Frontier in Pediatrics.

Doktor menggunakan ubat antivirus, favipiravir kepada bayi itu seperti saranan Kementerian Kesihatan Awam Thailand untuk kanak-kanak yang mengalami gejala ringan hingga sederhana.

Bagaimanapun, selepas 18 jam kemudian, ibu bayi itu menyedari mata anaknya bertukar warna dan menghubungi pihak profesional perubatan. Mereka meminta rawatan dihentikan serta-merta, lapor akhbar New York Post.

Perubahan warna itu pudar selepas lima hari dan mata bayi lelaki itu kembali kepada warna asal, manakala doktor yang memeriksa bayi tersebut mendapati tiada lagi warna kebiruan pada permukaan iris mata.

Sesetengah kajian menyatakan hubungan langsung antara kepekatan favipiravir dan intensiti pendarfluor, terutamanya dalam rambut serta kuku manusia.

Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kerosakan penglihatan dan berjaya pulih daripada gejala Covid-19.

-Kosmo Online

Tags: Covid-19rawatan Covid-19Warna Mata
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd