Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

2 Remaja Jadi Wira...

IPOH - Dua remaja sanggup harungi banjir setinggi paras dada semata-mata mahu menyelamatkan...

Rumahtangga Bergolak Sudah 3...

PENYANYI Ezlynn mengakui bahawa rumahtangganya sudah retak menanti belah sejak tiga tahun lalu...

Pelukis Perkenal Seni ‘Rare’...

SEORANG pelukis dari Armenia yang dikenali dengan nama Edgar telah menghasilkan satu gabungan kreatif...

Beri Keadilan Sewajarnya Terhadap...

KUALA LUMPUR - Siri serangan lelaki bersenjata di Paris pada Jumaat, yang mengorbankan...

Teruskan Istiqamah Bersama PH, Jangan Tersilap Pilih Esok – Ahmad Zahid

JOHOR BAHRU : Pengundi Parlimen Pulai diminta terus beristiqamah menyokong calon Pakatan Harapan (PH), sekali gus mengelakkan diri daripada terperangkap dan menjadi mangsa ‘racun’ pembangkang.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kesilapan pengundi memilih calon yang tepat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai esok, akan hanya menjejaskan pembangunan yang sudah dirancang Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, esok adalah hari penting bagi pengundi PRK Johor di Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram memilih calon terbaik mewakili dua kawasan itu.

“Jangan dengar tohmahan ataupun fitnah, propaganda dan pelbagai lagi racun ditabur pembangkang.

“Beristiqamahlah kerana rakyat Johor adalah pengundi yang matang.

“Namun, kalau pilih orang lain (pembangkang) yang akan mewakili tuan-tuan, dia peduli apa (jika menang) sebab dia tidak mewakili kerajaan.


“Oleh itu, penduduk Parlimen Pulai jangan menawarkan diri untuk menjadi mangsa, pilihlah calon yang tepat dan yang boleh membantu tuan-tuan selepas PRK berakhir nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Madani Siaga Peringkat Kebangsaan 2023, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah II, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor; Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, Kerajaan Perpaduan yang mengamalkan konsep Madani adalah kerajaan yang ‘buta warna’ dan adil.

“Kita adalah ‘buta warna’, ‘we are color blind’, tak kira parti apa pun tubuh kerajaan negeri, kerajaan mana pun, atas nama pertanggungjawaban, kami akan berlaku adil,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori