Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

“Saya Takkan Mungkir Janji”...

SHAH ALAM - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi janji akan menyerahkan jawatan Perdana...

Video: Sengaja ‘Parkir’ Nyawa...

KECUAIAN seorang penunggang motosikal ini yang menyelit sebelum berhenti di hadapan sebuah lori...

Aidil Zafuan Kata JDT...

KUALA LUMPUR - "Inilah yang berlaku dalam bola sepak. Apabila kita leka di...

VIDEO: Kurang 16 Saat,...

SEORANG gadis nyaris maut apabila kederaan pelbagai guna SUV, Lexus GX460 yang dipandunya...

Sami Warga Asing Ditahan Disyaki Rogol Wanita Tempatan

SERDANG: Seorang sami warga asing ditahan selepas disyaki merogol seorang wanita warga tempatan di sebuah kawasan di Puchong, di sini, Ogos lalu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Izuddin Ab Wahab, berkata suspek berusia lingkungan 40-an ditahan di Puchong Jaya, Selangor pada 23 September lalu.

“Suspek direman tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, hanya seorang wanita berusia 30-an yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual suspek membuat laporan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sebelum ini, Polis Daerah Serdang, melaporkan sedang memburu suspek kes itu selepas mangsa membuat laporan.

Izuddin dilaporkan berkata, mangsa dirakam keterangan dan polis juga sedang mengesan saksi yang terbabit untuk membantu siasatan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori