• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia Dibentang Di Parlimen Bulan Depan

oleh Mohd Arshad
01/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
RUU Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia Dibentang Di Parlimen Bulan Depan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia diharapkan dapat dibentangkan secepat mungkin dalam mesyuarat di Parlimen bulan depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Azalina menerusi ciapan di Twitter hari ini, berkata pihaknya berbesar hati menerima cadangan daripada organisasi masyarakat awam dan hak kanak-kanak mengenai perkara berkenaan.

“Cadangan berkenaan menggambarkan bagaimana mereka menyokong usaha perundangan kerajaan.

“Menjaga perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita mesti mewujudkan integriti nasional dengan memperjuangkan hak setiap kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk menegakkan hak kanak-kanak dan mengiktiraf kepentingan ketelusan dan badan pengawasan bebas, seperti pesuruhjaya kanak-kanak.

Beliau sudah bertemu dengan pihak berkepentingan termasuk berbincang dengan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) di luar negara dan meneliti isu terbabit dengan teliti.

“Ia bertujuan untuk menubuhkan sebuah badan bebas bagi menegakkan hak semua kanak-kanak di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata akta khusus untuk suruhanjaya kanak-kanak di negara ini yang menjadi kesinambungan kepada pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak.

Beliau berkata, akta itu akan dibentang selepas Rang Undang-Undang Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dilulus dan dikuatkuasakan.

“Adanya akta itu nanti, maka Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang ditempatkan di SUHAKAM akan menerajui Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak secara bebas,” kata Azalina.

-Berita Harian

Tags: ParlimenRUU Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’

Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’

06/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Kekecohan yang berlaku akibat pertelingkahan di Dewan Rakyat membabitkan beberapa ahli Parlimen menyebabkan Speaker Dewan Rakyat, Tan...

PRN Sabah: Mohamad Cadang 1 Kerusi Untuk Calon BN Di Setiap Parlimen

PRN Sabah: Mohamad Cadang 1 Kerusi Untuk Calon BN Di Setiap Parlimen

02/08/2025
0

Membakut: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan agar sekurang-kurangnya satu kerusi disediakan untuk calon BN Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd