Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

Sempena Ramadan, Yasin ‘Unblock’...

PENYANYI dan komposer lagu irama nasyid terkenal, Yasin Sulaiman mengambil keputusan untuk membuka...

Suasana Karnival Di Litar...

SEPANG - Kurang empat jam sebelum perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia...

Obama Minta Maaf Ekoran...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kelmarin menghubungi Ketua Doktor Amal Perubatan...

Ringgit Diniaga Lebih Tinggi...

Nilai ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, walaupun pasaran masih...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Hampir Seluruh Negara, Petang Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir dan hujan lebat di 12 buah negeri, petang ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menurut hantarannya di laman Facebook, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Bagi Perak dan Kelantan, cuaca sama diramal di satu dua tempat di kawasan pedalaman.

Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula dijangkakan ribut petir di beberapa tempat,” katanya dalam hantaran sama.

Tambah MetMalaysia, di Sabah, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat iaitu Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat dan hujan dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Sarawak pula, ribut petir diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

-Kosmo Online

Kategori

Leave a Reply