Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Ahmad Sebak Terkenang Kejadian...

PONTIAN - Air matanya menitis, setiap kali mengimbas kembali kejadian diserang hendap komunis,...

BN Pilih Bekas Penyandang...

KUALA LUMPUR - UMNO Bahagian Tanjung Piai mungkin memerlukan tempoh bertenang selepas mendapati...

Adat Pun Panggil DAP...

SEREMBAN - Tindakan pengajur Forum Ibu Soko di Negeri Sembilan menjemput Pengerusi Jawatankuasa...

Perbicaraan 1MDB Ditangguhkan, Saksi...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad...

Putera Faisal Terima RM60.6 Juta Daripada Good Star Ltd, Pindah Ke Akaun Najib

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi, di sini hari ini diberitahu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima wang lebih RM60.6 juta yang dipindahkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank miliknya pada Februari dan Jun 2011.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Penganalisis Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Adam Ariff Mohd Roslan, 29, dalam keterangannya berkata, akaun bank Najib menerima RM60,629,839.43 daripada Putera Faisal Turki Bandar Al-Saud, pada 23 Februari dan 13 Jun 2011.

Beliau yang menjalankan analisis jejak wang akaun Najib, berkata nombor akaun bank pelanggan iaitu Putera Faisal adalah sama dengan nombor akaun Bank Riyad yang menerima dana daripada Good Star Ltd (iaitu syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Katanya, akaun Bank Riyad itu memindahkan dana ke akaun Najib dalam tempoh satu hingga tiga hari selepas Good Star memindahkan dana ke akaunnya.

Adam Ariff yang juga saksi ke-47 pendakwaan memberikan butiran transaksi itu melalui hasil analisisnya ketika merujuk kepada dokumen laporan jejak wang berkenaan.

“Berdasarkan jarak masa di antara tarikh di mana Good Star memindahkan dana ke akaun bank Riyad dan tarikh akaun bank Riyad memindahkan dana ke akaun Najib serta nilai dana yang dihantar ke akaun bank Riyad dan nilai dana yang dipindahkan ke akaun Najib, munasabah untuk dipercayai akaun bank Riyad diguna sebagai akaun ‘pass through’ untuk memindahkan wang daripada Good Star, yang berasal daripada subjek sama,” katanya.

Adam Ariff berkata demikian ketika memberikan keterangan terhadap Najib 70, yang berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya ketika itu untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Sementara itu, Adam Ariff berkata, Jho Low melalui Good Star menerima keseluruhan dana berjumlah AS$810 juta daripada 1MDB dalam tempoh tiga tahun iaitu daripada 2009 hingga 2011.


Katanya, hasil pemeriksaan mendapati penyata bank akaun Good Star termasuk akaun semasanya mengesahkan penerimaan dana daripada 1MDB dan Tarek Obaid (pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif PetroSaudi International Ldt (PSI).

Saksi itu juga mengesahkan, sebelum menerima dana AS$700 juta daripada 1MDB, baki akaun dalam Good Star adalah sifar.

Katanya, daripada 30 September 2009 hingga 27 Mei 2011, satu-satunya pihak yang memindahkan dana ke dalam akaun syarikat itu adalah 1MDB.

Dalam keterangan sebelum ini, Adam Ariff berkata, Jho Low, membuka akaun bank Switzerland untuk syarikatnya, Good Star Limited, tiga bulan sebelum akaun luar pesisir itu menerima dana 1MDB berjumlah AS$700 juta.

Beliau berkata, akaun berkenaan dibuka oleh Jho Low pada 11 Jun 2009, manakala dana terbabit diterima pada 30 September tahun sama.

Pendakwaan dalam kes terbabit mendakwa AS$700 juta daripada AS$1 bilion dana 1MDB adalah untuk usaha sama dengan PSI, dipindahkan kepada Good Star yang dikatakan sebagai anak syarikat PSI.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori