• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPS Bertambah, 1,813 Mangsa Dipindahkan Di Kedah

oleh Mohd Arshad
28/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PPS Bertambah, 1,813 Mangsa Dipindahkan Di Kedah
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Setar: Mangsa banjir di empat daerah di Kedah terus meningkat dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kota Setar.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gunung itu dibuka jam 1 petang tadi menempatkan 76 mangsa daripada 26 keluarga, menjadikan keseluruhan 13 PPS menempatkan 1,813 mangsa daripada 530 keluarga.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, selain SK Seri Gunung, dua lagi PPS di Kota Setar iaitu di SK Taman Aman menempatkan 295 mangsa daripada 99 keluarga, manakala di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas seramai 67 mangsa daripada 24 keluarga.

“Di daerah Kubang Pasu pula, tiga PPS beroperasi iaitu di SMK Changlun yang membabitkan 78 mangsa daripada 21 keluarga dan di SK Malau membabitkan 141 mangsa daripada 32 keluarga.

“PPS di Dewan PPK Lubuk Batu pula masih menempatkan 59 mangsa daripada 22 keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad Suhaimi berkata, tiga PPS daerah Pokok Sena iaitu di SK Bukit Hijau menempatkan 249 mangsa daripada 68 keluarga, manakala PPS Maahad Tarbiyah Derang pula seramai 148 mangsa daripada 40 keluarga.

Selain itu katanya, PPS di SK Permatang Limau pula masih menempatkan seramai 15 mangsa daripada empat keluarga.

“Mangsa banjir di Baling terus menunjukkan pertambahan dengan empat PPS beroperasi.

“PPS SK Iboi menempatkan 103 mangsa daripada 40 keluarga, manakala SMK Jerai dengan 134 mangsa daripada 41 keluarga.

“Di SK Kampung Keda, seramai 144 mangsa daripada 40 keluarga dan di Surau An Nur pula merekodkan 304 mangsa daripada 73 keluarga,” katanya.

BHonline-

Tags: BanjirKedahPPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd