Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

2 Suspek Bunuh Kucing...

KUALA LUMPUR – Reman terhadap dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh...

Kritik Cincin Tunang Sebelum...

BUKAN mudah untuk memilih cincin pertunangan buat pasangan anda. Ia merupakan barangan kemas yang...

Hasil Dakwah Adam Corrie,...

SIAPA sangka meskipun bukan dilahirkan sebagai Islam namun itu bukan alasan buat pelakon Adam Corrie...

37 Tan Beras Import...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 37 tan beras dipercayai beras import yang diseludup masuk...

Polis Siasat Ebit, Keterangan Saksi Sudah Diambil

PETALING JAYA : Polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi berhubung satu laporan dibuat oleh seorang pengadu terhadap pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew baru-baru ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Tanpa mendedahkan laporan yang dibuat itu berkait dengan kesalahan apa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan satu siasatan dimulakan.

Dalam pada masa sama, polis hari ini juga mengesahkan menerima laporan daripada Ebit Lew yang mendakwa dirinya difitnah dalam sebuah video tular dalam media sosial yang bertajuk ‘The Mondy Tattoo Interview’.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, laporan itu diterimanya daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun pada pukul 2.17 pagi tadi.

Katanya, mangsa mendakwa dirinya difitnah oleh individu yang bernama ‘Mondy’ dalam video berdurasi 27 minit 56 saat yang dimuat naik dalam media sosial, Jumaat lalu.

“Hasil siasatan mendapati, video berkenaan memaparkan wawancara yang dikatakan memfitnah individu terkenal tersebut dan kini mendapat 225,177 jumlah tontonan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen.

“Laporan polis tersebut dikategorikan ROR atau RLR (Refer to Other Report/Rujuk Laporan Lain) dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas Mohd Fairus, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian video yang tular dalam media-media sosial.

Katanya, jika didapati terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang, pihak polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Terdahulu, Ebit Lew dalam hantaran di media sosialnya memaklumkan bahawa satu laporan polis dibuat selepas mendakwa dirinya dirinya difitnah secara melampau, baru-baru ini.

Ebit Lew menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan, laporan tersebut baru sahaja dibuat setelah tiba dari Jeddah, Arab Saudi sekitar pada pukul 12 tengah malam tadi.

“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah (pukul) 12 malam tadi terus ke balai polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.

“Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam hantaran itu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori