Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

Lagi Dua Lelaki Disyaki...

SEREMBAN - Susulan kejadian berbalas tembakan dengan dua anggota kongsi gelap geng 36...

‘Gantung Sampai Mati Belum...

SEREMBAN – Sehingga kini terdapat 3,276 banduan masih menunggu hukuman gantung sampai mati,...

Tapak Pelupusan Sampah Pulau...

Nibong Tebal : Tapak pelupusan sampah Pulau Burung, di sini dilaporkan terbakar semula...

FAM Tunggu Piala Dunia...

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menunggu sehingga tamat Piala...

Polis Gujarat Buru ‘Bos Besar’ Dari Malaysia

AHMEDABAD: Polis Gujarat sedang giat menjejaki seorang ‘Bos Besar’ warga Malaysia dikenali sebagai Tan Chee Keat @ Kenny dan empat rakan senegaranya.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Siasatan merentasi benua itu dilancarkan susulan kes sejumlah Rs33 crore (puluh juta) didapati ‘mengalir’ daripada beribu-ribu akaun bank di dua daerah di Saurashtra ke Kuala Lumpur.

Berikutan kes scam didakwa membabitkan warga China yang menyaksikan 1,175 mangsa di Gujarat terjerat melalui aplikasi pertaruhan bola sepak Ponzi, satu laporan maklumat pertama (FIR) baharu difailkan terhadap 15 individu, termasuk lima warga Malaysia.

Mereka dituduh mengatur skim yang membabitkan penciptaan akaun bank palsu di daerah Rajkot dan Veraval bagi melakukan penipuan serta pengubahan haram terhadap wang diperoleh secara tidak sah melalui permainan dan pertaruhan dalam talian.

Pihak berkenaan didakwa melakukan aktiviti pengubahan wang haram hingga mencecah jumlah setinggi Rs33 crore (puluh juta).

Menurut sumber utama polis Gujarat, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti bilangan individu sudah terperdaya dengan janji pulangan lumayan untuk pertaruhan dilakukan melalui aplikasi terbabit.

Skuad Anti-Pengganas (ATS) Gujarat membongkar scam itu selepas menerima maklumat pada 12 Ogos lalu mendakwa seorang NRI (orang India bukan residen) berpangkalan di Malaysia, Rohit Vadher; warga Malaysia, Chua Ming Ho @ Robin; bersama seorang penduduk Sutrapada di Gir Somnath, Mahek Chhag, menipu orang ramai melalui aplikasi perjudian dan pertaruhan.

Mereka juga dituduh mencipta akaun bank yang palsu.

Hasil siasatan menjuruskan ATS kepada Chhag dan lapan individu dari Veraval serta Rajkot yang didakwa bersekongkol dengan Vadher dan lima warga Malaysia terbabit.

Berdasarkan FIR yang difailkan dengan polis jenayah siber Ahmedabad pada 22 Ogos lalu, tertuduh – Chhag, Rajan Jhala, Hiren Vaghela, Imran Theba, Aslamshah Sarvadi, Bhargav Barot, Manthan Vayeda, Ravi Mehta dan Samir Pandya – telah dipanggil ke pejabat ATS di Ahmedabad.


“Orang ramai ditawarkan wang untuk membuka akaun bagi tujuan pengubahan wang haram,” menurut laporan itu.

Mereka berkata, Vadher didakwa menghubungi Chhag pada Disember 2022 dan memaklumkan bahawa ‘Big Bos’ menjalankan rangkaian perjudian dan permainan dalam talian yang digunakan untuk menipu orang ramai, menurut FIR itu.

“Vadher menarik minat Chhag dengan menawarkan ganjaran bagi pembukaan setiap akaun, untuk tujuan pengubahan wang haram. Selepas Chhag berjaya dipujuk, Vadher mengatur visa dan tiket untuk perjalanan mereka.

“Pada 20 Mac 2023, Chhag dan Vadher bertolak dari lapangan terbang Mumbai ke Kuala Lumpur, Malaysia,” menurut FIR itu lagi sebagaimana dilaporkan The Times Of India.

Menurut perincian FIR berkenaan, pada hari berikutnya, Vadher membawa Chhag ke sebuah restoran dimiliki individu didakwa dalang, Chee Keat yang juga dipanggil sebagai ‘Bos Besar.’

Chhag dan Vadher didakwa mengadakan perbincangan panjang di restoran itu dengan Chee Keat, Ming Ho, Ying Chi Fal @ Five, Wong Ye Yong @ Nick, dan Goh Bee Tiong @ Roy.

Dalam perbincangan itu, Chhag dikata ditugaskan untuk membuka akaun bank di Rajkot dan Veraval.

Dia didakwa disuruh menggunakan insentif kewangan untuk mendorong orang ramai memberikan butiran identiti mereka bagi mencipta akaun berkenaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori