• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbalahan Ahli Politik Menghalang Pelaburan Asing

oleh Mohd Arshad
12/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perbalahan Ahli Politik Menghalang Pelaburan Asing
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ahli politik dari blok kerajaan dan pembangkang wajar mengisytihar ‘gencatan perang’ sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) berkata, faktor yang menentukan kejayaan sesebuah negara menjadi maju atau gagal ialah suasana politik di negara ini.

Setelah 10 bulan selepas PRU15, beliau berkata, Malaysia masih belum berjaya meredakan suhu politik, bahkan suasana diburukkan lagi oleh sesetengah pihak yang gemar mencipta ketidakstabilan dengan menggunakan isu 3R (raja, kaum dan agama) sehingga mengeruhkan lagi keadaan.

“Ada pemimpin politik masih melabelkan kaum Cina dan India sebagai pendatang, walaupun sudah 100 tahun keluarga turun temurun kami berada di tanah air ini. Ada pemimpin politik melabelkan kaum minoriti ini sebagai punca rasuah.

“Ada ulama politik selalu mengeluarkan dalil mengikut kesesuaian partinya. Polarisasi politik beracun ini sudah dibuktikan mampu memecahbelahkan masyarakat Malaysia ke satu tahap yang amat membimbangkan.

“Jika kita tidak meredakan keadaan, ia mungkin akan menyebabkan syak wasangka dalam kalangan rakyat jelata. Pelaburan juga sebenarnya amat sensitif kepada masalah politik domestik. RM1.23 bilion pelaburan akan lari jika kita terus berbalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Sehubungan itu, Tze Tzin berkata, Malaysia perlu mencari forum yang sesuai untuk mencapai persetujuan politik terutama berkenaan dengan isu sensitif membabitkan kaum, agama dan wilayah.

Jelas beliau, forum sedemikian diperlukan kerana orang politik boleh mengadakan perbincangan menyentuh pelbagai isu melalui mesyuarat tertutup.

“Untuk mencapai matlamat tersebut, saya ingin mencadangkan kepada Parlimen untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Kaum dan Kestabilan Negara.

“Jawatankuasa ini bertujuan mewujudkan satu forum untuk membincang dan mencari penyelesaian kepada segala isu sensitif membabitkan perkauman, agama dan wilayah.

“Penubuhan jawatankuasa itu bertujuan mencapai titik pertemuan segala masalah perkauman dan agama dalam keadaan rasional serta penuh rahmah. Jawatankuasa itu boleh memanggil dan melawat wakil kaum di seluruh pelosok negara untuk memahami di antara satu sama lain.

“Saya juga ingin mencadangkan ahli jawatankuasa itu harus dianggotai oleh tokoh yang hebat. Contohnya Ahli Parlimen Marang (Tan Sri Abdul Hadi Awang), Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin), Bagan (Lim Guan Eng), Puchong (Yeo Bee Yin), Tapah (Datuk Seri M Saravanan), Ayer Hitam (Datuk Seri Wee Ka Siong) dan wakil dari Sabah serta Sarawak,” katanya.

BHonline-

Tags: ahli politikpelaburan asingPRU16
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dewan Rakyat: Program Subsidi Bersasar Dilaksana Sepenuhnya Tahun Depan

Next Post

2 Nelayan Ditahan Bersama Syabu RM660,000

Related Posts

SPRM Geledah ‘Safehouse’ Temui RM5 Juta Didakwa Milik Ahli Politik Berpengaruh

SPRM Geledah ‘Safehouse’ Temui RM5 Juta Didakwa Milik Ahli Politik Berpengaruh

13/10/2024
0

Kuala Lumpur : Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah...

Kes Pemerdagangan Manusia Libat Ahli Politik: Polis Kesan Datuk Seri

Kes Pemerdagangan Manusia Libat Ahli Politik: Polis Kesan Datuk Seri

01/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang turut...

Next Post
2 Nelayan Ditahan Bersama Syabu RM660,000

2 Nelayan Ditahan Bersama Syabu RM660,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd