Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Benarkah Kit Siang Bukan...

SELEPAS asal-usul keturunan Mahathir Mohamad mula terbongkar, kini latar belakang 'otai' DAP, Lim...

Tiga Calon Parlimen Jerlun...

ALOR SETAR - Tiga calon di kerusi Parlimen Jerlun bertembung sekali lagi pada...

KKM Tambah 500 Ambulans...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan menambah 500 ambulans bagi hospital dan klinik...

7 Tips Memudahkan Anda...

Tidak ramai yang bernasib baik kerana kebanyakannya mungkin akan mengalami masalah untuk tidur...

Penganggur Ditahan Curi Duit Tabung Masjid RM500 Selepas Solat Subuh

PETALING JAYA: Polis menahan seorang penganggur selepas dipercayai mencuri wang derma berjumlah RM500 dari tabung masjid di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana di sini, Ampang di sini awal pagi semalam.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki tempatan berusia 33 tahun itu ditahan pada pukul 5 petang di sebuah rumah sekitar Taman Angsana Hilir, Kuala Lumpur, semalam.

“Ahli jawatankuasa (AJK) masjid menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 6.49 pagi dan mendapati suspek berada di kaki lima.

“Suspek kemudiannya dirakam mengumpil tabung masjid selepas solat subuh lalu melarikan diri dan kerugian dianggarkan berjumlah RM500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai 10 rekod membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.


Jelasnya, polis berjaya merampas wang tunai berjumlah RM101 serta pakaian dipercayai digunakan suspek terbabit semasa kejadian.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (mencuri dalam bangunan) yang membawa hukuman penjara 10 tahun, denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori