• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PH, BN Buat Laporan Polis Terhadap Muhyiddin

oleh Mohd Arshad
04/09/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Pemuda PH, BN Buat Laporan Polis Terhadap Muhyiddin
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Kenyataan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai boleh menjejaskan keharmonian kaum.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Perundangan Jentera PRK PH bagi Parlimen Pulai, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut dilihat berniat jahat dan tindakan tegas perlu diambil terhadap Muhyiddin bagi memastikan perbuatan tersebut tidak menjadi ikutan pihak lain pada masa depan.

“Laporan polis ini dibuat kerana kenyataan itu satu berbahaya dan melanggar undang-undang, berniat jahat dan mampu gugat keharmonian antara kaum di negeri ini.

“Malah, kuasa mengeluarkan fatwa agama tertakluk bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Apakah beliau mahu melanggar bidang kuasa kerajaan negeri atau Sultan Johor selaku ketua agama Islam negeri ini,” soalnya selepas Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Bahagian Pulai membuat laporan polis berkaitan perkara itu di Balai Polis Tampoi, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pemuda PH Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman.

Fadhli Umar berkata, fatwa seperti halal atau haram juga tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan gurauan walaupun dalam tempoh berkempen.

Sementara itu, Ketua Pemuda BN Pulai, Syed Mohd. Hafiz Syed Hassan berharap kenyataan mempermainkan hukum agama tidak lagi digunakan sebagai modal kempen parti politik.

“Politik sepatutnya bertujuan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai latar belakang selain mengimarah lagi agama, bukan sebaliknya digunakan dan dimainkan seperti itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Amanah Pulai, Mohd. Harith Mohd. Hambali berkata, kenyataan dibuat Muhyiddin itu bersifat radikal dan tidak boleh diterima dalam konteks masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Itu tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi kenyataan tersebut dibuat oleh seorang pemimpin parti politik. Tindakan tersebut boleh mengelirukan rakyat, oleh itu kami mahu tindakan terhadap diambil,” katanya.

Kelmarin, Muhyiddin dilaporkan berkata, haram mengundi Suhaizan di dalam PRK Parlimen Pulai ini di hadapan kira-kira 1,000 ahli dan penyokong gabungan berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.

-Utusan Online

Tags: BNlaporan polisMuhyiddin YassinPH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

19/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau menghormati sepenuhnya segala keputusan yang dibuat...

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

16/11/2025
0

KOTA BELUD: Tiada masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd