CHUKAI : Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan tiga beranak di Kilometer 154 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Hentian Sebelah Bandar Cheneh Baru direman empat hari bermula hari ini.
[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]
Perintah reman terhadap pemandu terbabit dikeluarkan, Hakim Wan Suhaila Mohd selepas dimohon polis bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, pemandu lori berusia 44 tahun itu tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi diiringi polis sebelum proses permohonan reman terhadapnya dikeluarkan.
Dalam kemalangan kira-kira jam 2.05 petang, kenderaan pelbagai guna jenis Naza Citra yang dinaiki keluarga itu terbabit dalam kemalangan selepas dirempuh sebuah lori yang dipercayai mengalami masalah brek di situ.
Bagaimanapun, dua lagi ahli keluarga mangsa iaitu, isteri Ammir Hussein, Norhafizah Sazwa Harun, 38, yang mengandung cedera di bahagian perut dan dirawat di Hospital Kemaman.
Sementara, seorang lagi anak angkat mangsa, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, yang parah kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu.
Ketika kejadian, keluar terbabit dikatakan dalam perjalanan dari rumah mereka Bukit Kuang Kemaman dalam perjalanan untuk menjual sabun di Cheneh sebelum terbabit dalam kemalangan itu.
Ammir Hussein disahkan meninggal di tempat kejadian manakala kedua-dua anaknya, Husszair Al Hussein dan Ammzar Hussnayan Al Hussein disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.
-Berita Harian