• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Bas Kilang Ditahan Bantu Siasatan Kerosakan Poster Parti

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemandu Bas Kilang Ditahan Bantu Siasatan Kerosakan Poster Parti
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pemandu bas kilang bagi membantu siasatan berhubung insiden poster sebuah parti politik dirosakkan, pada 29 Ogos lalu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata lelaki tempatan berusia 62 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di kawasan Skudai Kiri, Tampoi, di sini, jam 5.35 pagi tadi.

Katanya, suspek warga emas itu ditahan oleh sepasukan polis daripada Team Cantas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor.

“Pada 29 Ogos lalu, polis menerima laporan polis berhubung kes khianat berkaitan poster sebuah parti politik yang dipasang di kawasan Tampoi telah dirosakkan menggunakan senjata tajam.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.

“Dalam serbuan itu polis turut merampas sehelai bendera parti politik, sebilah pisau mata gergaji, kamera papan pemuka bas kilang, sebuah bas kilang dan telefon bimbit,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 4 September depan, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

BHonline-

Tags: ditahanKerosakan Poster Partipemandu bas kilang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Joy Reyzal Ditahan Pihak Polis, Armand Azha Hantar Peguam Bela

Joy Reyzal Ditahan Pihak Polis, Armand Azha Hantar Peguam Bela

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah memaklumkan sahabatnya, Joy Reyzal ditahan...

Pegawai Tentera Ditahan Bersama Senjata Api Di IPTA, TDM Sahkan Stor Senjata Lengkap

Pegawai Tentera Ditahan Bersama Senjata Api Di IPTA, TDM Sahkan Stor Senjata Lengkap

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan selepas ditemukan bersama sepucuk senjata api, sejumlah peluru serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd