• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri: LTAT Jual Boustead Plantation Bagi Tangani Isu Kecairan Aset

oleh AK-47
18/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Menteri: LTAT Jual Boustead Plantation Bagi Tangani Isu Kecairan Aset
Share on FacebookShare on Twitter

Penjualan Boustead Plantations Berhad adalah perlu bagi meningkatkan kecairan aset Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berkata demikian di Dewan Rakyat dan menjelaskan bahawa LTAT, yang menguruskan dana pencen untuk angkatan tentera, kini mempunyai kecairan aset kurang daripada 20 peratus.

Ini berlaku kerana lembaga dana telah meletakkan 56 peratus daripada pelaburannya ke dalam Boustead Holdings (Boustead), yang merupakan syarikat induk Boustead Plantations.

Menurut menteri itu, dengan meletakkan sebahagian besar pelaburannya “dalam satu bakul”, LTAT berdepan risiko besar sekiranya apa-apa berlaku kepada Boustead.

“Ini bukan satu perkara yg baik. Dia (LTAT) dana persaraan, dia bukan strategic company untuk memegang aset.

“Dana persaraan ni dia paling banyak pun boleh pegang 15 peratus. Dia mesti ada aset kecairan. Tapi aset kecairan LTAT sekarang ni tak sampai 20 peratus.

“Kalau apa-apa berlaku, LTAT akan jadi masalah. Apa kita nak lakukan ialah kita nak rungkai to unlock the value asset yang ada,” katanya.

Menurut Mohamad, rancangan itu adalah untuk Boustead menjual pegangannya dalam Boustead Plantations dan menggunakan keuntungan itu untuk membayar balik LTAT.

Katanya, langkah ini akan membantu LTAT meningkatkan kecairan asetnya kepada lebih 60 peratus.

Kecairan aset merujuk kepada keupayaan menukar aset kewangan menjadi tunai tanpa perubahan pada harga pasarannya.

Mohamad menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen pembangkang mengenai langkah Boustead untuk menjual pegangannya dalam cabang perladangan itu.

Ahli Parlimen PN termasuk Radzi Jidin (Bersatu-Putrajaya), Awang Hashim (PAS-Pendang), dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Bersatu-Machang) telah menggesa menteri itu menghalang Boustead daripada menjual pegangan kepada syarikat minyak sawit Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), yang telah baru-baru ini membuat tawaran untuk memperoleh 33 peratus daripada pegangan Boustead dalam Boustead Plantations.

Mereka berhujah bahawa Boustead Plantations memiliki sejumlah besar plot tanah di negara ini yang sepatutnya disimpan dalam simpanan LTAT, atau sekurang-kurangnya syarikat itu boleh dijual kepada syarikat Bumiputera lain dan bukannya entiti bukan Bumiputera seperti KLK.

Mohamad memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia mengambil maklum keprihatinan ahli parlimen berkenaan dan akan cuba mencari penyelesaian terbaik bagi isu itu.

“Kami akan memastikan LTAT tidak akan meletakkan semua telurnya dalam satu bakul selepas ini, seperti melabur 56 peratus dalam satu industri tunggal, yang dalam kes ini adalah Boustead. Ini bahaya.

“Yakinlah, kami sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kami akan cuba mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan isu Boustead, dan pada masa sama memastikan plot tanah yang berada di bawah milikan LTAT tidak akan hilang,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Boustead PlantationLTATMenteriTok Mat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembinaan LCS Bermula Akhir Bulan Ini

Next Post

Polis Siasat Ebit, Keterangan Saksi Sudah Diambil

Related Posts

Menteri Diarah Beku Cuti, Pergi Bantu Mangsa Banjir

Menteri Diarah Beku Cuti, Pergi Bantu Mangsa Banjir

29/11/2024
0

Putrajaya : Cuti semua anggota Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Belanjawan 2025: PM Tak Ambil Gaji, Potongan Gaji Menteri Dan Lantikan Politik Diteruskan

Belanjawan 2025: PM Tak Ambil Gaji, Potongan Gaji Menteri Dan Lantikan Politik Diteruskan

18/10/2024
0

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tidak menerima gaji manakala menteri kabinet lain serta lantikan politik...

Next Post
Polis Siasat Ebit, Keterangan Saksi Sudah Diambil

Polis Siasat Ebit, Keterangan Saksi Sudah Diambil

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd