Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Charles Morais Larikan Diri...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan adik...

Syor Subsidi Haji Bersasar,...

KUALA LUMPUR : Tabung Haji (TH) disaran supaya melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar...

Palanivel Tidak Layak Terajui...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh (gambar) menggesa Presiden parti, Datuk...

Teruskan Istiqamah Bersama PH,...

JOHOR BAHRU : Pengundi Parlimen Pulai diminta terus beristiqamah menyokong calon Pakatan Harapan...

Kualiti Udara Bintulu Catat IPU Tidak Sihat

KUCHING : Bintulu satu-satunya kawasan di Sarawak yang dilaporkan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kadar tidak sihat, hari ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Bermula jam 7 pagi, IPU di bandar gas itu dicatatkan berada pada tahap 106, naik 114 pada jam 9 pagi dan 119 pada jam 10 pagi.

Bacaan IPU semakin meningkat iaitu 124 pada jam 12 tengah hari, namun menurun kepada 121 pada jam 1 tengah hari.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sebanyak 12 lagi stesen di Sarawak mencatat bacaan sederhana iaitu antara 51 hingga 100.

Stesen terbabit ialah Limbang, ILP Miri, Samalaju,Miri, Mukah, Kapit, Sibu, Sarikei, Sri Aman, Samarahan, Kuching, dan IPD Serian (MCAQM).


Menurut APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Sementara itu, memetik laporan AGENSI di Jakarta, Indonesia hari ini, Kuching disenaraikan di tangga ketiga kota yang kualiti udaranya paling tercemar di dunia dengan partikel atau zarah halus terampai (Particulate Matter) PM2.5 pada kadar 101-199 pada minggu lalu.

Laporan itu menyebut, pemantauan IQ Air yang berpangkalan di Switzerland minggu lalu, kota paling tercemar di dunia ialah New Delhi di India dengan 157, kedua Karachi di Pakistan (152), ketiga Kuching di Sarawak, Malaysia (136) dan keempat Lahore di Pakistan (136) manakala ibu kota Indonesia, Jakarta berada di tempat ketujuh (118).

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori