Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Tiga Beradik Maut MPV...

KUANTAN - Tiga beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas...

Malaysian Tigers Mula Langkah...

KUALA LUMPUR - Skuad hoki negara melaungkan amaran awal betapa mereka bertekad untuk...

2 Peruncit Didenda Miliki...

KANGAR - Dua pemilik kedai runcit didenda berjumlah RM3,650 oleh Mahkamah Majistret di...

Tambah Baik Usaha Tangani...

KOTA KINABALU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah baik setiap prosedur dan...

Jong-un Terima Hadiah ‘Istimewa’ Dari Russia

MOSCOW: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menerima lima dron bahan letupan, dron peninjau dan jaket kalis peluru sebagai hadiah daripada gabenor wilayah semasa lawatannya ke Russia, lapor agensi berita rasmi negara itu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Lawatan rasmi pertama Jong-un ke luar negara sejak pandemik Covid-19 menimbulkan kebimbangan Barat bahawa Moscow dan Pyongyang akan menentang sekatan dan mencapai perjanjian senjata.

Beliau dilaporkan bertemu Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu di Vladivostok, di mana beliau memeriksa senjata canggih termasuk sistem peluru berpandu hipersonik.

Agensi berita TASS melaporkan, Jong-un menerima lima dron kamikaze dan dron peninjau ‘Geran-25’ yang mampu berlepas secara menegak.

Menurut agensi media itu, Gabenor wilayah Primorye yang bersempadan dengan China dan Korea Utara turut menawarkan Jong-un satu set perlindungan kalis peluru dan pakaian istimewa yang tidak dapat dikesan oleh kamera terma.

Lawatan lanjutan Jong-un di wilayah timur Russia sejak Selasa lalu memberi tumpuan secara meluas kepada hal-hal ketenteraan seperti yang dibuktikan oleh rombongan pegawainya termasuk pertukaran senapang simbolik dengan Presiden Russia, Vladimir Putin dan lawatan ke kilang jet pejuang di Komsomolsk di Amur.


Moscow dipercayai berminat untuk membeli peluru Korea Utara untuk meneruskan pertempuran di Ukraine, manakala Pyongyang mahukan bantuan Russia untuk membangunkan program peluru berpandu yang dikutuk di peringkat antarabangsa.

Kremlin berkata, tiada perjanjian yang sudah atau bakal ditandatangani.

Jong-un juga dilaporkan bertemu dengan pelajar Korea Utara yang menyambung pengajian di Vladivostok.

Agensi berita Korea Utara, KCNA menyifatkan suasana semasa lawatan Jong-un sebagai ‘bersemangat dan mesra’ malah memaklumkan, era baharu persahabatan, perpaduan serta kerjasama sedang dibuka antara Korea Utara dan Russia.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori