Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

Ubah Venue Jika Ancam...

PUTRAJAYA - Malaysia pertimbang mengubah lokasi perlawanan antara Malaysia dengan Korea Utara pada...

5,134 Terlibat Dalam Langkah...

KUALA LUMPUR - Seramai 5,134 pekerja terlibat dalam langkah pengurangan pekerja Syarikat Berkaitan...

TEKUN Timbang Guna Khidmat...

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kemungkinan menggunakan khidmat agensi pengutip...

Azmin Bincang Tubuh Parti...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden PKR yang dipecat hari ini, Datuk Seri...

Gempa Bumi: Sepanyol Tawar Hantar Pasukan Penyelamat Ke Maghribi

MADRID : Sepanyol menawarkan bantuan untuk menghantar anggota pasukan penyelamat ke Maghribi berikutan gempa bumi yang mengorbankan lebih 800 orang, kata Menteri Luar, Jose Manuel Albares pada hari Sabtu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

“Sepanyol menawarkan bantuan kepada Maghribi, jika difikirkan perlu, kedua-dua kapasiti menyelamat yang pada saat ini adalah yang paling penting serta kapasiti pembinaan semulanya sebaik sahaja detik ini berlalu.

“Apa yang penting sekarang ialah menyelamatkan mangsa,” katanya kepada pemberita pada sidang kemuncak G20 di India.

Jose Manuel berkata, Unit Kecemasan Ketenteraan Sepanyol (UME), serta agensi bantuan dan kedutaannya cuba meredakan keadaan itu dengan membantu menyelamatkan seramai mungkin orang.

UME ialah badan angkatan tentera yang diwujudkan untuk campur tangan dengan cepat dalam situasi kecemasan seperti kebakaran hutan, banjir dan gempa bumi.

Unit UME dihantar ke Turkiye pada Februari lalu berikutan gempa bumi yang dahsyat dan membantu menyelamatkan enam orang, termasuk seorang ibu dan dua anak, menurut kementerian pertahanan Sepanyol.

Gempa bumi 6 Februari di Turkiye dan negara jiran yang dilanda perang Syria mengorbankan lebih 55,000 orang.

-Berita Harian

Kategori

Leave a Reply