• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

oleh Mohd Arshad
21/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada orang ramai di 35 outlet pada minggu hadapan.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Pengerusinya Aminuddin Zulkipli berkata, peningkatan dua kali ganda itu adalah daripada 244 kepada 400 hingga 450 metrik tan beras putih tempatan.

“Kita akui semalam (penjualan) agak kurang teratur. Bagi pihak Fama, saya mohon maaf kepada semua yang terbabit.

“Daripada 35 outlet yang dibuat (penjualan) itu, hanya ada dua tempat yang berlaku sedikit kekecohan iaitu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Kuala Kurau, Perak.

“Untuk fasa seterusnya, kita akan tingkatkan jumlah kepada dua kali ganda daripada yang pernah kita bekalkan. Ini telah mendapat pengesahan dan kerjasama daripada pembekal,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai rungutan orang ramai yang mendapati penjualan beras tempatan tidak mencukupi.

Dilaporkan semalam, Pusat Operasi Fama Jelebu diserbu orang ramai seawal jam 8 pagi dan sebanyak 3,500 kilogram (kg) beras habis dijual dalam tempoh 90 minit.

Mengulas lanjut, Aminuddin menjelaskan, selain Fama, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan pasar raya turut terbabit dalam penjualan beras putih tempatan.

“Kalau ikutkan Fama adalah sebahagian daripada outlet lain termasuk LPP dan pasar raya dalam menguruskan perkara ini.

“Tapi kebetulan untuk pusingan pertama ini, Fama sahaja yang menyediakan. Jadi sudah tentulah orang ramai serbu ke Fama,” katanya.

Menurutnya, untuk fasa seterusnya juga, pihaknya akan mengenalpasti jumlah penjualan di sesuatu tempat.

“Saya rasa kita kena kaji juga suasana tempat itu terlebih dulu. Kalau kita nampak ada keperluan meningkat, saya akan beri arahan bekalan di tempat tertentu dilebihkan.

“Pegawai-pegawai Fama daerah akan diminta untuk melaporkan supaya persediaan kuantiti itu boleh disesuaikan mengikut keadaan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: FAMAJualan Beras
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adik Ipar, Isteri Bunuh Suami OKU Dihukum Gantung

Next Post

Dewan Negara: Kerajaan Disaran Tubuh Agensi Kawal Selia Nadir Bumi

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Bekalan Telur Ayam Melebihi Permintaan

Bekalan Telur Ayam Melebihi Permintaan

18/05/2023
0

PETALING JAYA: Bekalan telur ayam dalam negara ketika ini berada pada tahap melebihi permintaan. Ikuti Mynewshub: Telegram Timbalan Perdana Menteri, Datuk...

Next Post
Dewan Negara: Kerajaan Disaran Tubuh Agensi Kawal Selia Nadir Bumi

Dewan Negara: Kerajaan Disaran Tubuh Agensi Kawal Selia Nadir Bumi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd