• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bung Moktar Dan Isteri Bebas, Tiada Bukti Saksi Beri Wang Rasuah

oleh Mohd Arshad
07/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bung Moktar Dan Isteri Bebas, Tiada Bukti Saksi Beri Wang Rasuah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti yang menunjukkan dua saksi pendakwaan memberikan wang rasuah kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin melalui isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid dalam keputusannya berkata mahkamah membuat dapatan itu selepas pemeriksaan dan penelitian terhadap rekod prosiding.

Dua saksi pendakwaan berkenaan adalah ejen Public Mutual iaitu Norhaili Ahmad Mokhtar dan Madhi Abdul Hamid.

Azhar berkata, sehubungan itu ia adalah kes yang betul dan wajar bagi mahkamah melaksanakan kuasa semakan mengikut Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah.

“Dengan itu, keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan kedua-dua pemohon untuk membela diri (pada 2 September tahun lalu) adalah salah laksana keadilan.

“Saya dengan ini mengguna pakai Seksyen 325 Kanun Prosedur Jenayah bagi melepas dan membebaskan kedua-dua pemohon,” katanya.

Azhar berkata demikian selepas membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette untuk menyemak keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob yang memerintahkan mereka membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Selepas keputusan mahkamah itu, Bung Moktar dan Zizie Izette yang berada dalam kandang tertuduh, menangis dan berpelukan.

-Berita Harian

Tags: BuktiBung MoktaristeriWang Rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah RM2.8 juta: Mahkamah Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Kekal

Kes Rasuah RM2.8 juta: Mahkamah Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Kekal

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tuduhan rasuah membabitkan wang...

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

14/01/2026
0

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd