• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barang Dihantar Kurier Letak Atas Tembok Rumah Kena Kebas

oleh Mohd Arshad
16/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Barang Dihantar Kurier Letak Atas Tembok Rumah Kena Kebas
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG: Seorang wanita membuat laporan polis selepas barang keperluan rumah yang dibeli secara dalam talian dan dihantar oleh penjual dengan diletakkan di atas tembok pagar kediamannya di Telok Gadong, di sini, hilang dikebas pencuri.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Wanita tempatan berumur 59 tahun berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian pada Khamis lalu itu pada jam 9.08 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata mangsa menyedari bungkusan barang yang dibeli secara dalam talian dan dihantar oleh syarikat terbabit hilang, kira-kira jam 6 petang hari kejadian.

“Siasatan mendapati barangan berkenaan dihantar ke rumah pengadu antara jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang, diletakkan di atas tembok pagar rumah pengadu. Sebaik mengetahui barang itu tiada, mangsa membuat semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Kira-kira jam 5.26 petang hari berkenaan, rakaman CCTV menunjukkan kereta jenis Perodua Kancil berwarna biru gelap berhenti di depan rumah pengadu. Penumpang kereta keluar lalu mengambil barangan berkenaan dan melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, siasatan kes dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Polis sedang berusaha mengenalpasti suspek yang terbabit selain bantuan daripada rakaman CCTV di rumah mangsa dan menjangka dapat membuat tangkapan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang individu yang menaiki kereta bertindak mengambil barangan yang diletakkan di atas pagar sebuah rumah sebelum melarikan diri.

BHonline-

Tags: dikebaskurier
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Permaisuri Zahir Sukacita, Bangga Roti Canai Dinobat Roti Terbaik Dunia

Next Post

Dakwa 70 Peratus Penjawat Awam Tak Sokong Kerajaan Perpaduan Pada PRN

Related Posts

Dego Ride ‘Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru’

11/06/2017
0

SEKITAR awal tahun syarikat ini terpalit dengan kontroversi kerana menjalankan operasi teksi motosikal secara haram. Kesannya ribuan penunggang motosikal yang...

Pos Laju Makin Popular, Sasar Laba RM1 Bilion

15/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Ketika era surat sudah dianggap ketinggalan zaman apabila digantikan dengan e-mel, tidak ramai tahu perkhidmatan Pos Laju...

Next Post
Dakwa 70 Peratus Penjawat Awam Tak Sokong Kerajaan Perpaduan Pada PRN

Dakwa 70 Peratus Penjawat Awam Tak Sokong Kerajaan Perpaduan Pada PRN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd