Sunday, October 1, 2023

Creating liberating content

RM140 Juta Naik Taraf...

JOHOR BAHRU : Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM140 juta bagi menaik taraf Hospital...

PRU-14: DUN Pahang Dibubarkan...

PEKAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan pembubaran...

Melaka United Lega Kekal...

MELAKA – Melaka United (MU) mampu menarik nafas lega apabila berjaya menyelamatkan diri...

Tsunami Melayu Tak Mungkin...

MUNGKINKAH tsunami Melayu akan berlaku dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang?Tidak...

ASEAN Wilayah Paling Pesat Berkembang 2023 – Anwar

NANNING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, ASEAN akan kekal sebagai salah satu wilayah yang paling pesat berkembang pada 2023.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun menghadapi cabaran ekonomi global, ASEAN kekal sebagai destinasi menarik bagi pelaburan antarabangsa.

“Mencatat pertumbuhan ekonomi 5.5 peratus pada 2022 dengan 4.6 peratus (pertumbuhan) diunjurkan untuk 2023. Trajektori ini meletakkan ASEAN jauh di atas purata global.

“Ia sebagaimana diunjurkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 3.5 peratus untuk 2022 dan tiga peratus bagi 2023 dan 2024,” katanya semasa berucap pada perasmian Ekspo China-ASEAN ke-20 (CAEXPO) 2023 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) di sini hari ini.

Anwar tiba di ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di selatan China hari ini bagi menghadiri CAEXPO 2023 dan CABIS yang berlangsung dari 16 hingga 19 September.


Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanning Wuxu pada pukul 3.54 pagi waktu tempatan.

Beliau diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Anwar menyampaikan ucap selamat kepada para hadirin dengan menggunakan bahasa Cina ‘ge wei lai bin da jia hao’.

-Kosmo Online

Kategori

Leave a Reply