• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adik Ipar, Isteri Bunuh Suami OKU Dihukum Gantung

oleh Mohd Arshad
21/09/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Adik Ipar, Isteri Bunuh Suami OKU Dihukum Gantung
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Tindakan kejam seorang wanita berkomplot bersama adik lelakinya bagi membunuh suami sendiri yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) mengundang padah apabila dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman tersebut selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi G.S Angela Dewi ,48, dan adiknya G.S Vijaya ,45, pada akhir kes pembelaan.

Angela yang memakai kemeja ‘T’ berwarna hitam serta berseluar jeans biru hanya mampu menangis di kandang tertuduh sementara Vijaya dilihat tunduk sugul sebaik sahaja mendengar keputusan terhadap pertuduhan dihadapi mereka.

Hasbulah dalam penghakimannya memaklumkan walaupun tiada saksi mata, namun mahkamah berpuas hati dan menerima keterangan-keterangan mengikut keadaan yang cukup menyakinkan bagi membuat satu kesimpulan perbuatan tertuduh menyebabkan kematian mangsa.

Katanya, meskipun jangkitan paru-paru yang turut dijumpai ketika bedah siasat juga boleh menyumbang ke arah mempercepatkan kematian mangsa pada waktu tersebut tetapi bukan penyebab kepada kematiannya.

“Tertuduh pertama (Angela) menyatakan kejadian itu merupakan satu kes rompakan dengan membuat laporan polis pada petang hari kejadian itu ekoran rantai emas mangsa telah hilang.

“Selepas mendengar dan meneliti mitigasi pihak pembelaan dan hujahan pemberatan pihak pendakwaan dan kenyataan impak saksi (salah seorang anak lelaki mangsa), tiada keadaan mewajarkan pelaksanaan budi bicara untuk mengenakan penjara. Tiada pilihan selain gantung sampai mati,” katanya.

Terdahulu dalam prosiding lebih sejam itu, Peguam Anis Salihah Abdul Malek mewakili dua beradik itu merayu agar diberikan hukuman pemenjaraan minimum susulan merupakan kesalahan pertama tanpa rekod lampau.

Tambahnya, meskipun kedua-duanya bukan lingkungan warga emas dan berdasarkan rekod kesihatan lampau mendapati tertuduh kedua (Vijaya) pernah memohon menerima rawatan penyakit jantung di Hospital Serdang selain laporan perubatan berkaitan Angela dari penjara kajang.

“Dua beradik ini tinggal bersama dengan anak-anak tertuduh pertama kehilangan ayah mereka yang merupakan si mati dalam kes ini. Sekiranya ibu mereka dan bapa saudara dikenakan hukuman gantung sampai mati akan memberikan kesan trauma kepada anak-anak mereka.

“Justeru, dipohon hukuman penjara dalam memberikan peluang kepada mereka menghabiskan sisa hidup termasuk bersembahyang di penjara sehingga ajal menjemput mereka,” ujarnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ainul Mardiyah Mohd. Ali menegaskan kedua-dua tertuduh zalim dengan membunuh suami dan abang ipar mereka.

“Ini satu pengkhianatan besar dengan si mati semestinya meninggal dalam keadaan terkejut, kecewa dan sedih kerana dibunuh oleh individu dipercayai dan disayanginya dalam keadaan kejam serta zalim menggunakan tukul sehingga menyebabkan kecederaan serius pada bahagian kepala.

“Kedua-dua tertuduh juga berani bunuh di kawasan terbuka iaitu di laman rumah pada waktu siang. Bahkan, mereka membuat kematian mangsa seolah-olah adalah kes rompakan atau samun,” jelasnya.

Jelas Ainul Mardiyah, semestinya ada perancangan rapi memandangkan semua termasuk mangsa tinggal dalam satu rumah.

“Mangsa adalah buta sepenuhnya dan sememangnya tidak berdaya melawan dan melindungi diri sendiri,” ujarnya.

Pihak pendakwaan turut mengemukakan kenyataan impak salah seorang anak lelaki mangsa berusia 18 tahun yang meluahkan beban hidup dihadapinya termasuk berhenti sekolah di tingkatan tiga selepas kematian bapanya itu.

Mengikut pertuduhan, Angela dan Vijaya secara bersama telah membunuh R.Devarajoo, 59, di sebuah rumah, Lorong Jati 1, Rumah Murah PKNS Blok A, Kampung Baru Sungai Chua, Kajang antara pukul 12 hingga 1 tengah hari pada 1 Oktober 2020.

Sabit kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara 30 tahun dan disebat tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dihukum mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Seramai 16 saksi pendakwaan dikemukakan manakala dua tertuduh memberikan keterangan di kandang tertuduh sepanjang kes perbicaraan bermula 27 Februari tahun lalu.

Pada 21 Oktober 2020, seorang wanita dilapor tergamak merancang pembunuhan suaminya yang buta semata-mata untuk mendapatkan harta milik lelaki itu yang dianggarkan berjumlah lebih RM2 juta.

Suspek dikatakan akan mendapatkan harta termasuk aliran tunai milik suaminya yang berjumlah lebih RM2 juta termasuk RM800,000 daripada insurans ekoran kematian mangsa.

Difahamkan, mangsa berusia 59 tahun yang mengusahakan perniagaan lori dan besi buruk mengalami cacat penglihatan sejak 20 tahun lalu ekoran penyakit genetik keluarga.

-Utusan Online

Tags: bunuhhukum gantung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

05/02/2026
0

BUTTERWORTH, 4 Februari 2026 – Seorang wanita berstatus ibu tunggal ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di kediamannya di tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd